• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Hargai Mereka Yang Bertugas Pada Aidilfitri

oleh Ahmad Albab
18/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan penghargaan kepada mereka yang tidak dapat menyambut Aidilfitri bersama keluarga kerana menjalankan tugas terutamanya penjawat awam serta anggota keselamatan dan perubatan.

Menerusi catatan Facebook hari ini, perdana menteri turut mengucapkan terima kasih dan selamat Hari Raya kepada mereka.

“Pengorbanan saudara-saudari semua amat dihargai. Ribuan terima kasih & salam Aidilfitri,” katanya.

Dalam catatan Twitter pula, Najib turut mengucapkan terima kasih kepada pengunjung yang hadir memeriahkan majlis rumah terbuka Aidilfitri Perdana Menteri dan anggota Kabinet di kediaman rasminya di Seri Perdana.

“Terima kasih kepada semua yang ke Seri Perdana untuk ucap Selamat Hari Raya & jamu selera sebagai tetamu saya. Maaf jika ada kekurangan,” katanya.

Beliau turut menyertakan ‘link’ video yang menggambarkan kemeriahan rumah terbuka itu.

Kira-kira 80,000 rakyat tempatan dan asing menghadiri majlis tersebut yang bermula pada 10.30 pagi sehingga 4.30 petang tadi.

Mereka dihidangkan dengan pelbagai makanan istimewa tempatan seperti sate, soto ayam, ketupat dan rendang.

Kira-kira 70,000 bungkusan cenderamata Aidilfitri juga dihadiahkan kepada hadirin sebagai buah tangan. – BERNAMA

Tags: Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Pertahankan Kabinet Baru

30/08/2021
0

BETUL! Rakyat, hasil dan pencapaian perlu diutamakan. Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini. Seolah-olah kebanyakan...

Kerajaan Lama Berundur, Bursa Terus Elok

30/08/2021
0

BURSA Malaysia telah mencatat prestasi antara terbaik dalam dunia sejak kerajaan lama undur diri pada 16 Ogos lalu.Indeks bursa telah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd