• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Hadir Majlis Berbuka Puasa Bersama Rakyat Di Kedah

oleh Ahmad Albab
12/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menghadiri majlis berbuka puasa bersama rakyat di Masjid Al-Bukhary di sini.

Pada majlis yang turut dihadiri Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir serta kira-kira 5,000 orang itu, Najib juga menyampaikan sumbangan kepada 200 bekas anggota tentera dan polis.

Turut menghadiri majlis berbuka puasa itu termasuk Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ahmad Bashah
Hanipah serta Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Perdana Menteri turut menunaikan solat Maghrib berjemaah, sebelum ke Masjid Zahir untuk menunaikan solat sunat Tarawih dan majlis khatam Al-Quran.

Turut menghadiri majlis itu ialah Pengerusi Jemaah Pemangku Diraja Kedah Tunku Sallehuddin Almarhum Sultan Badlishah.

Sebelum itu pada sebelah petang sejurus tiba di Alor Setar, Najib bersama Mukhriz serta diiringi Ahmad Bashah, meluangkan masa kira-kira 20 minit meninjau dan beramah mesra dengan pengunjung Bazar Ramadan Stadium Darulaman di bandar raya ini.

Beliau turut membeli beberapa juadah berbuka puasa seperti murtabak, air tebu dan kuih-muih di bazar Ramadan itu.

Pengunjung bazar Ramadan begitu teruja melihat kehadiran Perdana Menteri dan kepimpinan negeri, di kawasan tumpuan orang ramai sempena bulan Ramadan ini. – BERNAMA

Tags: Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Pertahankan Kabinet Baru

30/08/2021
0

BETUL! Rakyat, hasil dan pencapaian perlu diutamakan. Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini. Seolah-olah kebanyakan...

Kerajaan Lama Berundur, Bursa Terus Elok

30/08/2021
0

BURSA Malaysia telah mencatat prestasi antara terbaik dalam dunia sejak kerajaan lama undur diri pada 16 Ogos lalu.Indeks bursa telah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd