• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Muhyiddin Masih Sedia Kerjasama Dengan Najib Demi Parti

oleh AK-47
30/07/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

HAMPIR 24 jam selepas digugurkan daripada barisan kabinet Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam, bekas timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin mengadakan satu sidang media di kediamannya di Bukit Damansara, hari ini.

Kira-kira jam 11.45 pagi, Muhyiddin tampil bersama isterinya, Puan Sri Norainee Abd. Rahman di hadapan puluhan media yang menunggu.

Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin

Menjawab soalan dalam durasi setengah jam, Muhyiddin berkata beliau menerima tindakan yang dibuat terhadapnya kerana ia tertakluk kepada kuasa prerogatif Najib sebagai PM.

Bahkan, beliau turut mengucapkan penghargaan terhadap Najib kerana memilihnya menjawat jawatan timbalan Perdana Menteri selama tujuh tahun bermula 10 April 2009.

Walau bagaimanapun, Muhyiddin menyambung, beliau sesekali tidak menyesal dengan tindakannya mengkritik syarikat pelaburan Malaysia 1MDB kerana berpegang kepada tangungjawab dan amanah yang dipikul sebagai pemimpin.

“Sebagai seorang Islam, kita tidak boleh menolak ini dan saya terima dengan hati yang terbuka. Saya tidak pernah menyesal apa berlaku ke atas diri saya hanya kerana saya menyatakan apa yang difikir adalah benar.

“Sebagai seorang islam saya tidak boleh berbohong dan sebab itu walau ada sesuatu perkara yang perlu saya beri pandangan, walaupun mungkin agak pedas didengar pihak tertentu,” ujarnya.

Di sebalik konflik yang melanda dirinya dan Najib, Muhyiddin berkata, beliau akan memastikan tugasnya sebagai Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Pengerusi BN tidak terjejas, malah menegaskan beliau tidak mempunyai masalah untuk bekerjasama dengan Najib atas hasrat untuk memperkukuhkan parti.

“Saya tidak harus memikirkan soal yang telah berlaku terhadap diri menganggu tugas sebagai timbalan presiden untuk melaksanakan kerja-kerja yang banyak yang perlu diselesaikan. Saya harus sedar sebagai Timbalan Presiden, walaupun soal itu telah berlaku terhadap saya, masalah yang penting bukan saya tapi parti, masalah yang penting adalah masa depan rakyat.”

Menyentuh soal siasatan 1MDB pula, Muhyiddin berkata, beliau optimis bahawa isu 1MDB akan dapat diselesaikan kerana semua sedia maklum, siasatan sudah mula dijalankan malah laporan interim sudah pun siap.

“Cumanya kita perlu lihat, apakah tindakan-tindakan yang diambil oleh pihak-pihak bertanggungjawab dapat menyelesaikan perkara itu seberapa segera yang boleh. Kalau dia mengambil masa yang terlalu lama, nanti rakyat akan mempersoalkan tentang kewibawaan pihak-pihak yang dipertanggungjawabkan.”

Screen Shot 2015-07-29 at 3.14.51 PM

Sementara itu, Muhyiddin turut mengucapkan terima kasih kepada individu yang terus memberi sokongan dan menyifatkan situasi sekarang mampu menguatkan beliau dalam meneruskan tugas dalam UMNO dan BN.

Namun, beliau turut mengingatkan agar pihak pihak tersebut tidak menimbulkan perseteruan dengan pihak lain kerana ia mampu merosakkan parti.

“Saya faham tentang perasaan ini, ini sikap manusia yang saya fikir tak boleh kita elakkan. Namun begitu, akan sampai mereka akan tahu apa sebenarnya yang harus mereka lakukan.

“Saya amat menghargai sokongan mereka. Saya dapat merasakan perasaan mereka kerana kita manusia, rasa kecewa, rasa dukacita tetapi apapun kita harus lebih utamakan kepentingan parti dan negara kita.

“Oleh sebab itu usah kita melakukan sesuatu perkara yang boleh membawa mudarat dan menimbulkan perbalahan kerana ia akan lebih sukar kepada saya selaku Timbalan Presiden melaksanakan tanggungjawab saya,” akhiri Muhyiddin. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: IZZAT MOHD ANUAR
Foto/Video: RIZA RAZAK

https://www.youtube.com/watch?v=xUi9dBBCEF4

Tags: sidang mediaUMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PH Dah ‘Meroyan’, Tiba Masa UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan – Akmal Saleh

PH Dah ‘Meroyan’, Tiba Masa UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan – Akmal Saleh

17/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Sudah sampai masanya untuk UMNO keluar Kerajaan Perpaduan, kata Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh....

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

17/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan (PH) Johor yakin dapat ‘menguburkan’ Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd