NAMPAKNYA arena monitor dikala ini semakin bersaing dari segi paparan, resolusi, sokongan grafik dan sebagainya.
Jika anda masih ingat, artikel kami berkaitan monitor berkembar keluaran Philips dan monitor melengkung yang dikeluarkan Ben Q seakan memberi maksud bertapa aktifnya perlumbaan permintaan monitor di dalam pasaran.
Justeru, perkara ini dilihat Samsung dan mereka nampaknya telah mengorak langkah setapak kehadapan berbanding pesaing-pesaingnya.
Kini, Samsung mengumumkan monitor dengan sokongan pengecasan terbina yang digelar Samsung SE370.
Ia boleh dikatakan salah satu perkara yang menarik, memandangkan kebanyakkan pengguna meletakkan telefon dihadapan mereka ketika bertugas, dan dengan sokongan pengecasan ini, pengguna boleh mengecas peranti dengan mudah.
Apatah lagi Samsung sendiri telah mula mengintegrasikan sokongan pengecasan tanpa wayar pada telefon keluaran mereka.
Samsung mengatakan sokongan pengecasan ini boleh digunakan pada semua peranti yang menggunakan piawaian pengecasan Qi yang dibangunkan oleh Wireless Power Consortium (WPC).
Bercakap mengenai monitor ini, ia hadir dalam saiz 23.6-inci dan juga 27-inci, resolusi 1920×1080 pixel, serta plbagai fungsi terbina seperti Eye Saver Mode, Game Mod, Flicker Free dan sebagainya.
Montior Samsung SE370 ini turut dilengkapi pensijilan Windows 10.
Harga jualan dan tarikh ia dimulakan jualan masih belum diumumkan oleh Samsung buat masa ini. – MYNEWSHUB.CC
Oleh: hzq
Sumber: Samsung
https://www.youtube.com/watch?v=D_uNw-ueAZM