• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Melecur Bahagian Muka Kena Asap Belerang Mercun Bola

oleh Ahmad Albab
14/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Seorang pelajar tahun tiga melecur di bahagian muka selepas asap belerang mercun bola yang dibakar rakannya terkena dirinya dalam kejadian di Kampung Gelam di sini, semalam.

Sebelum kejadian, Muhammad Aiman Dzulkarnain, 9, dari Sekolah Kebangsaan Kampung Gelam di sini bermain mercun bola bersama dua anak jirannya berusia 10 dan 14 tahun sebelum seorang daripada mereka bertindak mengeluarkan belerang berkenaan kira-kira pukul 5.30 petang.

Muhammad Aiman berkata anak jirannya itu kemudian membakar belerang tersebut sebelum asap bahan berkenaan terkena mukanya.

“Saya sempat menutup muka tetapi kemudian berasa sakit di bahagian muka dan kulit berasa tegang,” kata anak kelima daripada enam beradik itu kepada pemberita di Hospital Melaka di sini hari ini.

Mangsa yang ditemani ibunya, Fazilah Hamdan, 42, di wad kanak-kanak hospital itu turut menerima kunjungan Exco Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi Melaka Datuk Md Yunos Husin dan Timbalan Pengarah Hospital Melaka Dr Abdul Raof Jaafar.

Fazilah berkata ketika kejadian dia berada di dapur untuk memasak juadah berbuka puasa manakala suaminya, Dzulkarnain Baba, 48, sedang berehat di ruang tamu kerana kurang sihat.

“Pada mulanya saya dan suami tidak mengetahui kejadian itu kerana dia tidak menjerit tetapi kakaknya datang beritahu selepas melihat mukanya (mangsa) putih selepas terkena asap belerang yang dibakar,” katanya.

Beliau berkata dia kemudian membawa anaknya itu ke Klinik Kesihatan Tanjung Kling sebelum dibawa ke unit kecemasan Hospital Melaka dengan ambulans.

Sementara itu, Md Yunos berkata Muhammad Aiman bernasib baik kerana hanya melecur peringkat kedua dan perlu menjalani ‘dressing’ yang telah ditetapkan pihak hospital bagi mengurangkan kesan yang dialaminya.

“Saya dimaklumkan pihak hospital bahawa mangsa mungkin akan keluar dalam sehari dua ini dan boleh beraya di rumah kerana kecederaan yang dialami tidak serius,” katanya.

Beliau berkata sehubungan itu, ibu bapa dinasihatkan untuk memantau anak-anak mereka yang bermain mercun bagi mengelak mereka melakukan perkara yang boleh mendatangkan kecederaan. – BERNAMA

Tags: mercun
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mercun Gergasi 19KG Diimport Dari China Dijual Hingga RM5,000 Sekotak

Mercun Gergasi 19KG Diimport Dari China Dijual Hingga RM5,000 Sekotak

25/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Menerusi satu hantaran di media sosial, seorang pengguna mendakwa mercun jenis “Dai Sheng Gui Lai...

Polis Cari Individu Main Mercun Hingga Menyebabkan Kecederaan

Polis Cari Individu Main Mercun Hingga Menyebabkan Kecederaan

09/04/2023
0

Kuala Lumpur : Polis sedang mengesan individu yang disyaki bermain mercun hingga menyebabkan dua mangsa cedera di Kampung Changkat, Gombak,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd