Tuesday, December 5, 2023

Creating liberating content

Zuraida Masih Menteri Kabinet

TOKYO : Datuk Zuraida Kamaruddin masih menteri Kabinet dan kedudukannya akan ditentukan selepas...

TNB Belanja RM160,000 Program...

JERLUN - Tenaga Nasional Berhad (TNB) membelanjakan RM160,000 bagi menyediakan set kelengkapan persekolahan...

Penyerang Arsenal, Lukas Podolski...

PENYERANG Arsenal, Lukas Podolski menandatangani kontrak selama tiga tahun dengan kelab Turki, Galatasaray...

Hasrat Miliki Van Musnah...

KUANTAN - Impian seorang juruteknik untuk memiliki sebuah van musnah selepas ditipu dalam...

Mangsa Terakhir Kejadian Bot Karam Ditemui 2.58 Petang

TANJONG KARANG – Mayat mangsa ketujuh kejadian bot karam kira-kira dua batu nautika dari pantai Bagan Sungai Kajang di sini Khamis lepas, dijumpai pukul 2.58 petang ini.

Penolong Pengarah Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul ketika dihubungi Bernama berkata, mayat mangsa terakhir tragedi itu yang dikenal pasti sebagai G. Ravi Shankar, 25, ditemui di persisiran pantai Parit 4, Sekinchan dekat sini.

“Mayat mangsa dijumpai oleh pasukan penyelamat, terdampar di celah-celah pokok bakau di pantai berkenaan, kira-kira lapan batu nautika daripada lokasi kapal dilaporkan karam.

“Mayat mangsa akan dibawa ke Hospital Tanjong Karang dan operasi mencari ditamatkan pada pukul 4 petang ini,” katanya.

Bot itu, yang dinaiki 14 orang terdiri daripada sembilan anggota keluarga dan lima pekerja bot, berlepas dari jeti nelayan Sungai Kajang pada 3 petang bagi melakukan upacara membuang abu mayat.

Bot itu dikatakan bocor dan kesemua mangsa saling menimba air sebelum ia dilapor karam semasa dalam perjalanan pulang kira-kira dua jam kemudian.


Selain Ravi Shankar, enam mayat ditemui setakat ini dikenal pasti sebagai A. Parianathan, 30, yang berasal dari Taman Aman Sekinchan, Selangor, A. Muniamah, 49; K. Logaraj, 29; M. Gnaswdree, 59; G. Jaya Sangari, 27 dan M. Kunasegaran, 57, kesemuanya berasal dari Sungai Buloh, Selangor.

Tujuh lagi yang terselamat ialah P. Alumalai, M. Sugamaran, V. Nagaswari, N. Sanmugan, C. Sabtayan, C. Sundraja dan S. Partiven.

Mereka diselamatkan oleh nelayan tempatan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori