• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Lima Minit Tak Keluar, Dia Atau Saya Mati”

oleh Ahmad Albab
06/07/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – “Lima minit tak keluar, dia mati atau saya mati”.

Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong mendakwa itu antara teriakan sekumpulan lelaki berbaju merah ke atas pemimpin DAP dalam satu majlis anjuran parti itu di Pasir Gudang, Johor semalam.

Dakwa beliau, beberapa ahli DAP yang melindungi Penasihat DAP, Lim Kit Siang dalam kejadian itu turut ditumbuk oleh kumpulan lelaki berkenaan.

“Saya sendiri dicekik manakala mereka yang mengiringi saya ditumbuk. Kejadian semalam adalah yang paling teruk pernah saya hadapi.

“Menteri Besar Johor mempunyai tanggungjawab untuk memastikan politik politik Johor tidak bertambah ganas dan menjadi huru-hara,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Chin Tong turut mendakwa, beliau sebenarnya mendapat satu mesej melalui aplikasi Whatsapp sebelum majlis itu berlangsung.

Menurutnya, mesej itu digambarkan sebagai satu panggilan jihad meminta kaum Melayu Johor bangkit mempertahankan Islam dan kedudukan orang Melayu.

Media melaporkan satu majlis perjumpaan bersama DAP di sebuah kedai kopi di Johor bertukar kecoh apabila diserang sebuah kumpulan.

Kira-kira 100 individu menyerbu masuk premis berkenaan dan membaling beberapa objek, termasuk cawan, mangkuk plastik dan penyapu ke arah pemimpin DAP. – Mynewshub.cc

https://youtu.be/s_MPVoxQFa4

Tags: DAP
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Hakim Cuti Sakit: Keputusan Kes Pecah Amanah, Pengubahan Wang Haram Syed Saddiq Ditangguh

Hakim Cuti Sakit: Keputusan Kes Pecah Amanah, Pengubahan Wang Haram Syed Saddiq Ditangguh

30/06/2026
0

Oleh Mynewshub PUTRAJAYA - Sesuatu yang tidak diduga berlaku semasa keputusan rayuan akhir pendakwaan terhadap pembebasan Ahli Parlimen Muar, Syed...

BN Johor Enggan Dirikan Kerajaan Perpaduan Dengan PH, DAP Dilarang Islam – Pemimpin PH

BN Johor Enggan Dirikan Kerajaan Perpaduan Dengan PH, DAP Dilarang Islam – Pemimpin PH

29/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Seorang pemimpin Pakatan Harapan (PH) membayangkan tindakan Barisan Nasional (BN) Johor enggan membentuk Kerajaan Perpaduan di negeri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd