• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Lepaskan Tembakan, Rompak Kedai Nombor Ekor

oleh Ahmad Albab
14/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Seorang lelaki melepaskan satu das tembakan ketika merompak sebuah kedai nombor ekor di Jalan Tun Dr Awang, Relau di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalatrash Wahid berkata bagaimanapun dalam kejadian kira-kira 10.35 pagi itu, tiada sesiapa yang cedera kerana tembakan itu dilepaskan ke arah dinding kedai berkenaan.

“Seorang lelaki yang memakai jaket warna gelap dan seluar panjang masuk ke dalam kedai berkenaan, ketika itu terdapat dua pekerja lelaki berusia 57 dan 62 tahun dalam premis tersebut.

“Suspek yang memakai topi keledar berpenutup muka penuh, menghampiri kaunter sebelum bertindak mengeluarkan senjata api jenis pistol dan menghalakan ke arah mangsa sambil mengarahkan pekerja berkenaan memberikannya wang,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya seorang daripada pekerja berkenaan cuba tunduk di bawah kaunter dan ingin menekan penggera yang terdapat di situ, bagaimanapun tidak sempat selepas perbuatannya disedari lelaki terbabit.

“Suspek yang berang dengan pekerja berkenaan bertindak melepaskan tembakan ke arah dinding sambil memberi amaran akan menembak mangsa,” katanya.

Mior Faridalatrash berkata pekerja berkenaan menyerahkan wang yang terdapat dalam kaunter iaitu kira-kira RM400 sebelum lelaki terbabit melarikan diri dengan menaiki sebuah motosikal yang diletakkan tidak jauh dari kedai itu.

Katanya siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk meneliti CCTV yang terdapat di kedai berkenaan.

“Kami akan teliti rakaman CCTV kerana dua pekerja kedai berkenaan tidak dapat mengecam suspek terbabit ekoran dia memakai topi keledar bervisor gelap,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan dan Seksyen 3 Akta Senjata Api 1971.

Beliau turut meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu agar menghubungi mana-mana balai polis berdekatan bagi membantu siasatan. – BERNAMA

Tags: Jenayahrompakan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kumpulan Bersenjata Di Gaza Rompak Cawangan Bank Of Palestine

Kumpulan Bersenjata Di Gaza Rompak Cawangan Bank Of Palestine

04/05/2024
0

PARIS : Kumpulan bersenjata di Gaza, merompak Bank of Palestine kira-kira 70 juta Shekal (RM89 juta), lapor akhbar harian Perancis...

Pelaku Memang Ada ‘Niat’

Pelaku Memang Ada ‘Niat’

31/12/2023
0

Kuala Lumpur : Masyarakat Malaysia sering digambarkan sebagai masyarakat beradab, kaya dengan budi bahasa, bertimbang rasa dan berpekerti mulia. IKUTI...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd