• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Laporan Interim Belum Boleh Didedahkan Kepada Umum

oleh Ahmad Albab
29/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Seri Ronald Kiandee menjelaskan bahawa Laporan Interim Ketua Audit Negara terhadap siasatan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) belum boleh didedahkan kepada umum.

Beliau memetik Perkara 85, Peraturan Mesyuarat Parlimen, yang menyatakan bahawa dokumen atau keterangan yang dikemukakan kepada Jawatankuasa tidak boleh diterbitkan oleh mana-mana anggota jawatankuasa itu atau oleh orang lain sebelum jawatankuasa membentangkan laporan itu di Dewan Rakyat.

Laporan interim 1MDB telah dikemukakan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) pada 9 Julai.

“Ia telah dikemukakan kepada PAC dan oleh itu menjadi sebahagian daripada bukti. Perkara 85, Peraturan Mesyuarat terpakai,” katanya dalam satu posting di Twitter.

Kiandee berkata PAC terikat dengan Perkara 85, Peraturan Mesyuarat dan laporan interim telah menjadi sebahagian daripada keterangan dalam siasatan ke atas 1MDB.

Ahli Parlimen DAP Tony Pua yang juga anggota PAC, menggesa agar laporan interim didedahkan kepada umum.

PAC mula menyiasat 1MDB pada bulan Mei dan telah memanggil pegawai-pegawai Kementerian Kewangan untuk menjelaskan peranan kementerian dalam syarikat yang dibebani hutang itu.

Jawatankuasa itu yang dilantik pada permulaan setiap penggal baharu Parlimen, ditugaskan untuk menjalankan tugas-tugas tertentu dari semasa ke semasa.

Di Putrajaya, pasukan petugas khas yang menyiasat 1MDB telah membebaskan individu ketiga yang ditahan dengan jaminan.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak memohon untuk melanjutkan reman empat hari pemilik syarikat perdagangan yang berusia 28 tahun itu kerana keterangannya telah diambil.

Majistret Nik Isfahanie Tasnim Ab Rahman membenarkan beliau dibebaskan dengan ikat jamin RM50,000 dengan dua penjamin.

Individu berkenaan, yang syarikatnya berpangkalan di Setapak, ditahan pada 23 Julai di ibu pejabat SPRM di sini dan direman pada keesokannya.

Beliau adalah orang yang ketiga yang ditahan oleh pasukan petugas. Beliau telah disiasat di bawah Seksyen 16 (a) Akta SPRM kerana rasuah.

Selepas pembebasannya, dua lagi masih berada di bawah tahanan SPRM.

Mereka adalah pengarah urusan berusia 48 tahun dan seorang kerani penghantar surat berusia 27 tahun.

Reman bagi pengarah urusan, yang juga seorang ‘Datuk’, berakhir selasa.

Beliau dijangka akan dibebaskan. – mStar Online

Tags: 1MDBPAC
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

28/12/2025
0

Oleh Lim Sian See Asas paling penting dalam penghakiman yang mensabitkan Najib bersalah dalam kes 1MDB–Tanore ialah andaian bahawa Jho...

Bagaimana 1MDB Menyelamatkan Berbilion Wang Rakyat Melalui Penamatan IPP

Bagaimana 1MDB Menyelamatkan Berbilion Wang Rakyat Melalui Penamatan IPP

27/12/2025
0

Oleh Mynewshub Selama lebih dua dekad, isu Independent Power Producers (IPP) menjadi antara “bom jangka” terbesar dalam struktur ekonomi dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd