• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KPN Beri Amaran Kepada Penganjur Protes Di Ibu Negara

oleh Ahmad Albab
29/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar memberi amaran keras kepada penganjur protes yang dirancang diadakan di Kuala Lumpur, Sabtu ini supaya jangan menggugat keselamatan negara.

Beliau berkata, polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba melanggar undang-undang dengan mengajak rakyat ke jalanan untuk menjatuhkan kerajaan seperti yang mahu dicapai oleh penganjur protes itu.

Katanya, maklumat mengenai protes itu yang tersebar menerusi media sosial juga akan disiasat pihaknya dan mengingatkan penganjur supaya segera menafikan perkara tersebut jika ia tidak benar.

“Kita ada undang-undang dan bukan boleh buat sebarangan untuk jatuhkan kerajaan.

“Kita ada cara ikut perlembagaan untuk tukar kerajaan, itu peringatan saya yang terakhir,” katanya kepada pemberita pada majlis sambutan Aidilfitri Ibu Pejabat Polis Selangor di sini hari ini.

Beliau mengulas penyebaran maklumat berhubung protes itu yang dirancang diadakan di sekitar sebuah pusat beli-belah di ibu negara untuk mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meletakkan jawatan.

Khalid berkata, sekiranya penganjur protes itu masih tidak mahu bertanggungjawab tentang penyebaran maklumat mengenainya, siasatan akan dijalankan dan mereka bakal berdepan tindakan tegas oleh polis.

Katanya, sebarang perhimpunan di negara ini boleh dianjurkan namun mereka mesti patuh kepada Akta Perhimpunan Aman 2012.

Sebuah portal berita semalam menerbitkan satu kenyataan media sebuah kumpulan menamakan diri mereka sebagai ‘Demi Malaysia’ yang dikatakan bertanggungjawab menganjurkan protes itu. – BERNAMA

Tags: khalid abu bakarprotes
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Warga KDN Rai Pelantikan Zahid Sebgai TPM

Next Post

Tingkat 9 Dan 10 Menara Dua Bukit Aman Terbakar

Related Posts

Keadaan Di UK Membimbangkan, Rakyat Malaysia Perlu Jauhi Kawasan Protes

Keadaan Di UK Membimbangkan, Rakyat Malaysia Perlu Jauhi Kawasan Protes

05/08/2024
0

Seremban : Demonstrasi di beberapa kawasan di United Kingdom (UK) kini semakin membimbangkan dan ada yang berubah kepada bentuk keganasan,...

Pembunuhan Nur Farah: Kebun Ubi Suspek Turut Jadi Lokasi Siasatan Polis

Protes Ragut 100 Nyawa: Perintah Berkurung Di Bangladesh, Tentera Dikerah

20/07/2024
2

GLOBAL | Kerajaan Bangladesh mengenakan perintah berkurung seluruh negara dan mengerahkan tentera susulan pertempuran antara penunjuk perasaan dan polis semasa...

Next Post

Tingkat 9 Dan 10 Menara Dua Bukit Aman Terbakar

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd