Tuesday, April 30, 2024

Creating liberating content

Ibu Terguris Hati Bila...

PENYANYI Adira Suhaimi menyatakan sikap sesetengah pengikut laman Instagramnya yang tidak sensitif bila...

MARA Sasar Buka Kompleks...

KUALA LUMPUR - Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan untuk membuka kompleks industri MARA...

JPAM T’ganu Tak Menang...

KUALA TERENGGANU - Ketika musim banjir ini, kakitangan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM)...

Memandu Di Bawah Pengaruh...

KUALA LUMPUR - Akibat memandu kereta dan menunggang motosikal di bawah pengaruh alkohol,...

KPDNKK Pahang Rampas Barangan Berjumlah RM790

KUANTAN – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Pahang merampas barangan bernilai RM790 dan mengenakan kompaun berjumlah RM1,500 terhadap 14 kes di bawah Akta Antipencatutan 2011 sepanjang tempoh Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Aidilfitri 2015.

Pengarah KPDNKK Negeri Sharudin Jali berkata peniaga yang dikenakan kompaun disebabkan gagal meletakkan tanda harga merah jambu pada barangan di bawah skim kawalan harga yang berlangsung dari 7 hingga 23 Julai.

“Sebanyak 5,455 peniaga yang dikenakan tindakan adalah terdiri daripada peniaga pasar basah dan kedai-kedai runcit kecil di sekitar negeri ini.

“Kawasan Pahang Barat dikesan paling ramai peniaga yang gagal meletakkan ‘pink tag’ iaitu daerah Jerantut, Raub dan Bera dengan masing-masing empat kes serupa,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan pemeriksaan tanda harga di Pasaraya Besar Nirwana Jalan Gambang sempena hari terakhir penguatkuasaan skim berkenaan di sini, Khamis.

Turut hadir, Pengurus Cawangan Nirwana, Tee Boon Hee.


Sharudin berkata skim ini dilaksanakan supaya pengguna memperoleh barangan keperluan pada musim perayaan dengan harga yang munasabah dan menyekat peningkatan harga yang melampau oleh para peniaga.

“Selain itu ia juga merupakan antara langkah kerajaan untuk mengurangkan bebanan kos sara hidup rakyat yang semakin meningkat kini,” katanya.

Sharudin dalam pada itu berkata KPDNKK turut menjalankan pemeriksaan Op Catut dari semasa ke semasa di setiap daerah di negeri ini.

“Jumlah pemeriksaan Op Catut dari 15 Jan hingga sekarang menghasilkan 339 kes di bawah Akta Antipencatutan 2011 dengan nilai rampasan sebanyak RM136,851.94 dan nilai kompaun sebanyak RM54,200,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori