• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, February 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kisah 1MDB ‘Sukar Untuk Dipercayai’ – Ahli PAC

oleh Ahmad Albab
06/07/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Seorang ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dari PKR mendapati kisah mengenai wang 1MDB yang disiarkan dalam Wall Street Journal (WSJ) dan Sarawak Report sebagai sesuatu yang sukar untuk dipercayai.

Datuk Kamarul Baharin Abbas berkata tiada syarikat yang secara rahsia akan mampu memindahkan wang sebanyak AS$700 juta (RM2.6 bilion) ke dalam akaun seorang individu.

“Jumlah wang yang besar seperti itu yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi tidak mungkin tidak dapat dikesan,” kata Ahli Parlimen Telok Kemang, Negeri Sembilan itu.

“Bank Negara Malaysia akan menyedari transaksi tersebut,” kata beliau sambil menambah akhbar WSJ dan laman portal Sarawak Report mesti menunjukkan bukti kukuh bagi menyokong dakwaan mereka.

“PAC tidak menerima sebarang laporan mengenai wang 1MDB yang melibatkan jumlah wang besar seperti itu. Siasatan kita pun belum mencapai tahap itu.”

Kamarul Baharin, yang merupakan salah seorang daripada 13 ahli PAC yang menjalankan siasatan terhadap kontroversi 1MDB berkata panel itu tidak akan bergantung kepada laporan media dan dakwaan yang tidak disahkan di Internet sebaliknya berdasarkan fakta dan angka.

Seorang lagi anggota PAC, Liang Teck Meng dari parti Gerakan memberi jaminan bahawa mereka akan menjalankan siasatan tanpa rasa takut atau pilih kasih terhadap 1MDB.

Bagaimanapun, siasatan akan hanya dapat dilakukan setelah mendapat laporan daripada Ketua Audit Negara pada Khamis depan.

“Kita tidak boleh hanya mendasarkan siasatan berdasarkan laporan firma audit KPMG dan Deloitte.

“Laporan Ketua Audit Negara akan menjadi dokumen rasmi yang kita akan rujuk. Tetapi orang ramai boleh yakin bahawa kami akan menjalankan penyiasatan terperinci.

“Saya menasihatkan orang ramai supaya tidak hanya membuat kesimpulan terhadap maklumat yang tidak disahkan yang sedang berlegar di media sosial,” kata Ahli Parlimen Simpang Renggam itu. – mStar Online

 

Tags: 1MDBPAC
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

28/12/2025
0

Oleh Lim Sian See Asas paling penting dalam penghakiman yang mensabitkan Najib bersalah dalam kes 1MDB–Tanore ialah andaian bahawa Jho...

Bagaimana 1MDB Menyelamatkan Berbilion Wang Rakyat Melalui Penamatan IPP

Bagaimana 1MDB Menyelamatkan Berbilion Wang Rakyat Melalui Penamatan IPP

27/12/2025
0

Oleh Mynewshub Selama lebih dua dekad, isu Independent Power Producers (IPP) menjadi antara “bom jangka” terbesar dalam struktur ekonomi dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd