• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Sarawak Tak Sokong Pemisahan, Kata Adenan

oleh Ahmad Albab
22/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem hari ini berkata kerajaan negeri bersetuju dengan sentimen yang disuarakan oleh pergerakan ‘Sarawak Untuk Rakyat Sarawak’ tetapi tidak bersetuju negeri itu berpisah daripada Malaysia.

Beliau berkata tidak dapat dinafikan bahawa Sarawak dan rakyatnya menikmati segala faedah menerusi Malaysia bertahun-tahun lamanya sungguhpun ia mungkin tidak mencukupi seperti yang diharapkan hari ini.

“Kita masih sebuah negara yang berusaha menambah baik setiap orang dan biar saya nyatakan di sini bahawa kerajaan negeri bersetuju dengan sentimen yang disuarakan oleh pergerakan Sarawak Untuk Rakyat Sarawak teatpi kami tidak bersetuju untuk berpisah daripada persekutuan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis memperingati sejarah kemerdekaan Sarawak yang diadakan di perkarangan bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak di sini hari ini.

Adenan berkata kerajaan negeri tidak akan melayan dan meluluskan tindakan seperti itu, termasuk menerusi pungutan suara, sebagai cara untuk merealisasikannya.

“Kami, bagaimanapun, percaya dengan autonomi sepenuhnya bagi Sarawak di bawah perlembagaan, kami percaya dengan penurunan lebih banyak kuasa persekutuan kepada negeri yang sedang kami rundingkan dengan kerajaan persekutuan,” katanya, dan menambah, sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan untuk meneliti perkara itu.

Adenan berkata Sarawak bukan sekadar sebuah negeri dalam persekutuan, sebaliknya merupakan sebuah negeri pengasas Persekutuan Malaysia, pihak yang terlibat dalam pembentukan itu dan mempunyai hak untuk bersuara dalam laporan Suruhanjaya Cobbold.

“Malaysia adalah sebuah persekutuan kesamaan dan bukan di bawah penguasaan Kuala Lumpur atau pihak tertentu.

“Kita bukan berhenti daripada menjadi tanah jajahan British yang dikuasai London semata-mata untuk dikuasai oleh kuasa lain pula, oleh itu kita mesti menegaskan autonomi,” tegas beliau.

Beliau berkata Kuala Lumpur boleh menguruskan pertahanan negara, hal ehwal luar dan keselamatan, namun biarlah urusan berkaitan perkara tempatan dan setempat, terutamanya berkaitan kewangan, dikendalikan oleh negeri.

“Biar saya ulangi bahawa meskipun kami bersetuju dengan sentimen yang disuarakan memandangkan begitu banyak pandangan di Sarawak yang menegaskan tentang autonomi dan kami bersetuju serta mengalu-alukannya tetapi bukanlah hingga ke tahap berpisah daripada persekutuan.

Kita adalah Malaysia yang satu, kita adalah Malaysia sekarang dan kita adalah Malaysia selama-lamanya untuk tahun-tahun mendatang,” kata Adenan. – BERNAMA

Tags: Adenan Satem
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Namakan Lapangan Terbang Kuching Sempena Adenan

05/04/2017
0

KUCHING - Seorang bekas menteri Sarawak, Tan Sri Leonard Linggi Jugah hari ini mencadangkan supaya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching di...

Watson Nyambek Bantu Calon BN PRK Tanjong Datu

12/02/2017
0

KUCHING - Sokongan padu rakyat dan cetusan semangat terus diberikan kepada calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd