• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KDN Warta Perintah Larangan Penerbitan Enam Buku Agama

oleh Ahmad Albab
03/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Dalam Negeri (KDN) mewartakan Perintah Larangan terhadap pencetakan dan penerbitan enam buku berunsur keagamaan yang boleh memudaratkan ketenteraman awam, berkuat kuasa 9 Jun lepas.

Setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran KDN, Hashimah Nik Jaafar dalam satu kenyataan berkata kandungan buku itu didapati mengandungi unsur-unsur yang boleh mengelirukan umat Islam di negara ini dan menyalahi syariah yang ditetapkan dalam Al-Quran dan Hadis.

Buku tersebut bertajuk “Sakit Apakah Ubatnya? Penelitian Daripada Al-Quran dan Hadis” yang diterbitkan oleh WJSB Resources, “55 Dongeng Teladan Untuk Anak Muslim” terbitan Penerbit Putra Jaya Surabaya, “Misteri Aneh dan Ganjil Bukti Keagungan Allah” (Fourbass Prints Sdn Bhd) dan “Misteri Aneh dan Ganjil 2 Membongkar Kewujudan Makhluk Halus” (Power Press & Design (M) Sdn Bhd).

Dua lagi buku berbahasa Inggeris “Muhammad: A Story of God’s Messenger and the Revelation that Changed the World” terbitan Harper Collins Publishers dan “The Golden Laws: History through the Eyes of The Eternal Buddha” diterbitkan Lantern Books A Division of Booklight Inc.

Menurutnya, pewartaan Perintah Larangan itu adalah menurut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

“Menurut subseksyen 2 Seksyen 8 akta sama, mana-mana pihak yang mencetak, mengimport, menghasilkan, menghasilkan semula, menerbit, menjual, mengeluar, mengeliling, menawarkan untuk dijual, mengedar atau memiliki penerbitan larangan adalah melakukan kesalahan.

“Jika sabit kesalahan boleh dikenakan tindakan penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali,” katanya. – BERNAMA

Tags: bukuKDN
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

2 Bas Elektrik Dijangka Beroperasi Ogos Depan Di Melaka

Next Post

1MDB Tidak Pernah Beri Dana Kepada PM

Related Posts

KDN Perkukuh Kawalan Sempadan Malaysia-Thailand, Tangani Jenayah Rentas Negara

KDN Perkukuh Kawalan Sempadan Malaysia-Thailand, Tangani Jenayah Rentas Negara

25/01/2025
0

JELI : Kementerian Dalam Negeri (KDN) memperkukuh kawalan keselamatan di sepanjang sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan bagi menangani isu penyeludupan dan...

Dakwaan 17 Juta Data MyKad Bocor Tidak Benar – KDN

Dakwaan 17 Juta Data MyKad Bocor Tidak Benar – KDN

04/12/2024
0

JITRA - Kementerian Dalam Negeri (KDN) menegaskan tidak wujud insiden kebocoran data sebanyak 17 juta yang sebagaimana didakwa seorang pengguna...

Next Post

1MDB Tidak Pernah Beri Dana Kepada PM

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd