• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KAFA Ancam Tarik Diri Jadi Ahli Gabungan FAM

oleh Ahmad Albab
31/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) mengancam menarik diri daripada naungan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berikutan tidak berpuashati dengan arahan pembayaran pampasan kepada bekas ketua jurulatih The Red Warriors.

Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa menerusi entri terbaharu laman Facebooknya berkata beliau tidak puas hati dengan arahan FAM yang mengarahkan persatuan itu membayar wang pampasan mencecah ratusan ribu kepada Steve Darby.

Darby sebelum ini dilaporkan menuntut wang pampasan susulan pemecatannya pada 2014.

“Jika inilah keadaannya berterusan, eloklah KAFA berundur daripada menjadi ahli gabungan FAM dan mengkaji prospek membuat liga atau persatuan lain tanpa bernaung di bawah FAM,” kata Annuar.

Isnin lepas, FAM dilaporkan mengarahkan KAFA menjelaskan gaji tertunggak Darby berjumlah RM636,000 yang dikatakan bermula dari April 2014 sehingga November 2015.

Perkara itu diputuskan FAM dalam mesyuarat Jawatankuasa Status Pemain di Wisma FAM tanpa kehadiran wakil KAFA.

KAFA diarahkan membuat bayaran penuh kepada Darby dalam tempoh 14 hari dari surat FAM yang dijangka dikeluarkan minggu ini atau minggu depan.

Jurulatih berusia 60 tahun itu yang kini merupakan Pengarah Teknikal Persekutuan Bola Sepak Laos, membimbing pasukan Kelantan bermula 15 November 2013 sebelum dipecat pada April 2014 susulan prestasi hambar Kelantan dalam saingan Liga Malaysia. – BERNAMA

Tags: FAMKAFA
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kabinet Baru Seimbang Dan Mantap – Wan Junaidi

Next Post

Malaysia, UK Perbaharui Komitmen Tingkatkan Kerjasama

Related Posts

Fitri Jadi Pengadil Pertama Dalam Sejarah Dipecat FAM

Fitri Jadi Pengadil Pertama Dalam Sejarah Dipecat FAM

16/02/2025
0

KUALA LUMPUR: Sejarah baharu tercipta dalam arena kepengadilan negara selepas Fitri Maskon menjadi pengadil pertama dipecat daripada semua tugasan oleh...

FAM Ambil Tindakan Insiden Perbalahan Arif Aiman, Tommy Mawat

FAM Ambil Tindakan Insiden Perbalahan Arif Aiman, Tommy Mawat

11/11/2024
0

PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) memandang serius insiden perbalahan yang berlaku antara pemain Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Hanapi dan...

Next Post

Malaysia, UK Perbaharui Komitmen Tingkatkan Kerjasama

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd