• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JPJ Terengganu Pantau LPT 2 Sepanjang Musim Perayaan

oleh Ahmad Albab
10/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu akan menempatkan 90 pegawai dan anggotanya di Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) bagi meningkatkan rondaan sepanjang musim perayaan Aidilfitri ini.

Pengarahnya Abdul Rahman Emang Anyie berkata mereka akan menjalankan rondaan secara bergilir-gilir bermula pukul 10 malam hingga 3 pagi.

Katanya langkah itu bagi memastikan pengguna lebuh raya tersebut lebih peka dan berhati-hati ketika menggunakan laluan sepanjang 184 kilometer berkenaan.

“Sepanjang musim perayaan ini kawasan LPT antara lokasi yang diberi tumpuan berikutan jangkaan pertambahan kenderaan sepanjang tempoh itu.

“Selain itu ia juga dapat menaikkan tahap kesedaran pengguna jalan raya terhadap keselamatan dengan meningkatkan persepsi ditahan ketika melakukan kesalahan,” katanya kepada pemberita di sini Khamis.

Abdul Rahman turut mengingatkan pemandu yang menggunakan lebuh raya tersebut agar berhati-hati dengan haiwan liar yang berkeliaran bagi menggelakkan insiden yang tidak diingini berlaku.

Katanya pihaknya juga akan meneruskan ops penyamaran pada musim perayaan ini sebagai penumpang bas atau orang awam bagi mencegah salah laku pemandu selain mengadakan pemeriksaan di depoh bas ekspres. – BERNAMA

Tags: LPT
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tedung Selar Empat Meter Dalam Bilik Tidur Warga Emas

‘Superman’ Kecundang Di LPT Kini Diburu Polis Trafik

27/12/2023
0

KUALA LUMPUR: Polis sedang memburu sekumpulan penunggang motosikal yang melakukan aksi 'superman' yang dirakam dalam klip video tular memaparkan beberapa...

Agong Pandu, Redah Banjir Lawat Mangsa

05/01/2021
0

MARAN - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan mencemar duli menziarahi mangsa banjir di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd