• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JPJ Kesan 1,005 Kesalahan Pengguna Jalan Raya Dalam Op Hari Raya

oleh Ahmad Albab
25/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka mengesan 1,005 kesalahan dalam Op Hari Raya Aidilfitri (Op HRA) di negeri ini berbanding 565 kesalahan pada tahun lepas.

Pengarah JPJ Melaka, Mohd Fadhil Hassan berkata sebanyak 4,302 kenderaan diperiksa dan 769 kenderaan telah diambil tindakan.

“Kesalahan yang paling banyak dilakukan pengguna jalan raya di negeri ini adalah kebanyakan mereka tiada lesen memandu iaitu kira-kira 40 peratus (455 kes) daripada jumlah kesalahan yang direkodkan,” katanya pada sidang akhbar mengenai operasi itu di sini, hari ini.

Operasi itu bermula pada 10 Julai lepas dan berakhir tengah malam tadi.

Beliau berkata daripada jumlah itu, antara kesalahan lain yang biasa dilakukan pengguna jalan raya adalah tiada cukai jalan, tiada perlindungan insurans dan kesalahan teknikal.

Mohd Fadhil berkata pihaknya turut menahan seorang pemandu bas ekspres yang dipercayai positif dadah ganja pada hari pertama Op HRA.

“Pemandu berusia lingkungan 40-an itu ditahan di Terminal Bas Melaka Sentral dan kami merampas lesen memandu dan lesen memandu kenderaan awamnya dan diserahkan kepada pihak Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Melaka.

Katanya dalam op HRA, AADK turut mengesan sembilan kes dadah melibatkan penunggang motosikal dan pemandu kereta yang tiga kes melibatkan ganja dan enam kes melibatkan syabu. – BERNAMA

 

Tags: Hari RayaJPJ
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JPJ Kutip RM101.9 Juta Bayaran Saman ‘Flat Rate’

JPJ Kutip RM101.9 Juta Bayaran Saman ‘Flat Rate’

24/08/2025
0

MACHANG: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) merekodkan kutipan lebih RM101.9 juta melalui inisiatif Kadar Kompaun Khas Kadar Rata (Flat Rate) yang...

JPJ Sita 38 Kenderaan Mewah Kebanyakan Milik Golongan Kenamaan

JPJ Sita 38 Kenderaan Mewah Kebanyakan Milik Golongan Kenamaan

21/08/2025
0

BUTTERWORTH: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang menyita 38 kenderaan mewah pelbagai jenama kebanyakan milik golongan kenamaan, termasuk bergelar Datuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd