• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JKM Siap Sedia Hadapi Musim Kemarau – Rohani

oleh Ahmad Albab
19/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sudah bersiap sedia untuk menyalurkan bantuan kepada mangsa sekiranya berlaku kebakaran berikutan musim kemarau di Sarawak ketika ini, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim.

“Sekiranya ada bencana berlaku seperti kebakaran pada musim kemarau ini, kami (JKM) akan dipanggil untuk membantu sekurang-kurangnya untuk membekalkan makanan dan keperluan asas sementara menunggu bantuan-bantuan lain.

“Ini antara tugas yang sering dilaksanakan JKM selain akan bekerjasama dengan bomba dan polis bagi membuat penilaian bantuan yang perlu diberikan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada majlis rumah terbuka di kediamannya, di sini hari ini.

Cuaca panas dan kering di Sarawak terutama di bahagian barat dan utara negeri ini dijangka berterusan sehingga September.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM), Sarawak dijangka menerima taburan hujan sedikit di bawah normal dengan jumlah hujan bulanan di dalam julat 150mm hingga 300mm.

Mengulas lanjut, Rohani turut menasihatkan orang ramai untuk menjaga kesihatan masing-masing pada musim kemarau ini.

“Minum air lebih banyak khususnya air putih dan pada masa yang sama kalau dapat elakkan dari berada di tempat-tempat yang terdedah secara langsung dengan cuaca panas.

Bagi menghadapi musim kemarau ini, mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak mengarahkan agensi dan jabatan kerajaan mengambil tindakan proaktif bagi menghadapi kemarau dan jerebu di negeri ini.

Mesyuarat yang dipengerusikan Timbalan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Alfred Jabu Numpang, turut meminta penyedia bekalan air seperti Lembaga Air Kuching (LAK) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) merangka persiapan pelan luar jangka jika berlaku kekurangan bekalan air. – BERNAMA

Tags: Rohani Abdul Karim
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tingkat Kemudahan Perumahan & Persekitaran

11/07/2017
0

KUALA LUMPUR – Kerajaan perlu meningkatkan keperluan perumahan dan persekitaran selesa bagi mencapai indeks kesejahteraan keluarga yang lebih baik, kata...

Warga Emas Mungkin Boleh Kerja Selepas Usia 60 Tahun

08/04/2017
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan sedia mengkaji mekanisme bagi membolehkan warga emas terus aktif dalam alam pekerjaan selepas menjangkaui umur 60...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd