• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, April 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Buang Sampah Dari Kenderaan – SWCorp

oleh Ahmad Albab
15/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Walaupun hanya satu cebisan kecil namun siapa sangka bahawa plastik akan mengambil masa lebih 500 tahun untuk terurai manakala proses penguraian satu puntung rokok pula mengambil masa 50 tahun.

Fakta tersebut tidak diketahui umum bahawa ia merupakan antara punca longgokan sampah yang semakin kritikal di negara ini.

Sehubungan itu, Ketua Pegawai Eksekutif Solid Waste Corporation (SWCorp) Datuk Ab Rahim Md Noor menasihatkan orang ramai yang akan memulakan perjalanan sempena Aidilfitri, agar tidak membuang sampah khususnya beg plastik makanan dan puntung rokok melalui tingkap kenderaan.

“Ini adalah tabiat buruk dalam kalangan rakyat Malaysia. Macam-macam dibuang dari tingkap kenderaan dengan selambanya kononnya mahu menjaga kebersihan dalam kenderaan.

“Ia bukan sahaja mencemarkan alam sekitar, mencacatkan pandangan malah ia juga membahayakan pengguna jalan raya yang lain,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata sampah ringan seperti beg plastik dan tisu yang dibuang dari kenderaan bergerak berkemungkinan hinggap pada cermin kenderaan lain dan membahayakan pengguna kerana ia akan mengganggu pandangan dan pemanduan sehingga menyebabkan berlakunya kemalangan.

Ab Rahim berkata sampah plastik yang mengalir ke longkang dan sungai akan terurai dan menjadi sebahagian daripada komponen air larut resap yang akan mengancam hidupan laut akibat termakan, terperangkap atau berikutan pencemaran air yang berpunca daripada sampah plastik.

“Plastik yang terurai secara semulajadi akan berubah menjadi ‘microplastic’ iaitu sejenis ‘micropolutant’ yang boleh meresap dan mencemarkan sumber air, mengancam hidupan laut dan memudaratkan kesihatan manusia,” katanya.

Ab Rahim menyaran pihak berkuasa tempatan (PBT) memperketatkan pemantauan dan mengenakan denda terhadap mereka yang membuang sampah melalui tingkap kenderaan.

“Saya berharap orang ramai memainkan peranan untuk menjaga kebersihan alam sekitar. Janganlah sampai kena denda ketika musim perayaan ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: Sampah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Warga Emas Agresif, Simpan Bukit Sampah 32 Tan Dalam Rumah

Warga Emas Agresif, Simpan Bukit Sampah 32 Tan Dalam Rumah

31/07/2025
0

JOHOR BAHRU: Tindakan lelaki bekas guru yang menjadikan aktiviti mengumpul sampah di dalam kediamannya di Taman Sentosa di sini sejak...

Isu Melayu Sampah: Jangan Jadi Dalang Cetus Kontroversi

19/06/2019
0

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mendesak pengurusan kilang dan industri di negara ini menjaga sensitiviti kaum. Naib...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd