• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Insiden Plaza Low Yat Tidak Patut Berlaku Di Bulan Ramadan

oleh AK-47
19/07/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR — Insiden rusuhan di Plaza Low Yat yang
berlaku baru-baru ini, tidak sepatutnya berlaku dalam bulan Ramadan yang mulia,
kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata umat Islam bukan sahaja perlu menahan diri daripada lapar dan
dahaga tetapi juga seharusnya membendung perasaan marah dan benci dalam bulan
Ramadan ini.

“Ini tidak harus berlaku walau berbeza agama, walau ada perasaan marah, cara
penyelesaian bukanlah dengan cara merusuh, negara akan menjadi sebuah negara
yang tidak aman dan tidak menarik untuk sesiapa pun,” katanya.

Beliau berucap pada Majlis Iftar Ramadan dan Sentuhan Kasih Badan Amal
Kebajikan Isteri-Isteri Wakil Rakyat dan Anggota Dewan Undangan Negeri Kedah
(Bidara) 2015 di Seri Mentaloon hari ini.

Turut hadir di majlis itu Tun Dr Siti Hasmah Mohamed Ali, Menteri Besar
Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir dan isteri Tok Puan Norzieta Zakaria.

Insiden kekecohan dan rusuhan yang berlaku di Plaza Low Yat di ibu negara
dua hari lepas berpunca daripada insiden kecurian telefon bimbit sehingga
menyebabkan kejadian rusuhan.

Dr Mahathir berkata dalam menghadapi sesuatu masalah, rundingan secara aman
dan damai adalah langkah terbaik bagi mengelakkan huru-hara.

“Umat Islam harus tunjuk pada semua pihak bahawa Islam adalah agama aman.
Kita tidak harus putuskan hubungan kita hanya kerana kita puasa, mereka tidak
ganggu kita, mereka bersama kita, mereka tidak halang kita tunaikan yang wajib,”
katanya.

Beliau berkata Malaysia seharusnya mengambil pengajaran daripada
negara-negara Timur Tengah seperti Yemen, Syria dan Libya yang berada dalam
keadaan kucar-kacir disebabkan tidak menyelesaikan masalah secara rundingan.

“Di Timur Tengah, mereka tolak keputusan mahkamah dan cuba selesaikan
masalah dengan perang dan sengketa dan seluruh negara mereka hancur. Kita tidak
mahu ia berlaku di negara kita,” katanya.– BERNAMA

Tags: low yatPlaza Low Yat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Jaga PerantiSiswa, Jangan Jual Di Low Yat’

‘Jaga PerantiSiswa, Jangan Jual Di Low Yat’

03/09/2022
0

SHAH ALAM - Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa menasihatkan mahasiswa yang menerima PerantiSiswa agar menjaga sebaiknya tablet...

Kes Curi Telefon Di Low Yat, Shahrul Dipenjara 4 Bulan

25/05/2016
0

KUALA LUMPUR - Seorang penganggur dihukum penjara empat bulan dan denda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd