• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Insiden Plaza Low Yat – Sudah 25 Ditahan

oleh AK-47
16/07/2015
dalam Jenayah
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Enam lagi individu ditahan hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes curi telefon dan kekecohan di Plaza Low Yat, menjadikan keseluruhan 25 orang ditahan setakat ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Zainuddin Ahmad berkata kesemua enam suspek yang ditahan berumur antara 19 dan 43 tahun.

“Pada 11.30 pagi tadi, seorang lelaki berusia 43 tahun, ditahan kerana dipercayai terlibat dalam menyampaikan ucapan yang berbaur hasutan di hadapan Plaza Low Yat pada Ahad lepas.

“Ini boleh menimbulkan isu perkauman dan ketenteraman awam yang berbilang kaum di negara ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Zainuddin berkata lelaki itu akan ditahan reman esok di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi dan kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948.

“Seorang konstabel Polis Bantuan Felda berusia 22 tahun ditahan pada 1 tengah hari tadi di Jalan Persiaran KLCC dan akan direman selama tiga hari bermula hari ini.

“Empat individu yang bekerja sebagai jurujual telefon bimbit berusia antara 19 dan 29 tahun turut ditahan di plaza berkenaan pada 4 petang tadi. Kelima-lima suspek terlibat dalam rusuhan,” katanya.

Katanya kelima-lima mereka disiasat di bawah Seksyen 147 dan 427 Kanun Keseksaan.

Beliau berkata daripada 25 jumlah keseluruhan, masing-masing seorang terlibat dalam kes mencuri dan hasutan manakala 23 lagi terlibat dalam kes rusuhan di plaza itu, Ahad lepas. — BERNAMA

Tags: low yat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Jaga PerantiSiswa, Jangan Jual Di Low Yat’

‘Jaga PerantiSiswa, Jangan Jual Di Low Yat’

03/09/2022
0

SHAH ALAM - Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa menasihatkan mahasiswa yang menerima PerantiSiswa agar menjaga sebaiknya tablet...

Curi Telefon Di Low Yat: Shahrul Anuar Diperintah Bela Diri

18/03/2016
0

KUALA LUMPUR - Mahkamah Majistret hari ini memerintahkan penganggur Shahrul Anuar Abdul Aziz membela diri terhadap pertuduhan mencuri telefon bimbit...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd