• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Harga Bahan Mentah Di P.Pinang Sempena Aidilfitri Terkawal

oleh Ahmad Albab
11/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BALIK PULAU – Harga bekalan bahan mentah di Pulau Pinang masih berada di tahap terkawal dengan kebanyakan peniaga mematuhi syarat seperti mana yang disarankan dalam pelaksanaan Skim Kawalan Harga sempena Musim Perayaan Hari Raya Aidilfitri.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri Datuk Abdul Malik Abul Kassim berkata 19 barang terkawal disenaraikan pada musim perayaan ini antaranya ayam mentah, kelapa parut dan tomato.

Abdul Malik yang menjalankan pemantauan harga di Pasar Awam Teluk Bahang dekat sini hari ini melahirkan rasa puas hati kerana peniaga menjual barangan pada harga yang ditetapkan selain meletakkan tanda harga merah jambu bagi menunjukkan barangan itu dikawal.

“Harga ayam mentah kami sudah tetapkan RM7.70 sekilogram, kelapa parut RM6 manakala tomato kami kawal harganya tidak melebihi RM4.50 sekilogram.
Masalah penjualan barangan melebihi harga yang dikawal tidak berlaku, malah saya berpuas hati dengan para peniaga di sini,” katanya.

Beliau turut menasihatkan pengguna supaya lebih peka akan hak-hak mereka dengan membuat laporan kepada pihak berwajib sekiranya berlaku sebarang kenaikan harga ataupun penipuan kualiti barangan. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Cerita Pada Anak Cucu Zaman Anwar Rakyat Miskin Tak Terlalu Risau Beli Beras – Aktivis PH

Cerita Pada Anak Cucu Zaman Anwar Rakyat Miskin Tak Terlalu Risau Beli Beras – Aktivis PH

17/07/2026
0

KUALA LUMPUR – "Kalau satu hari nanti Anwar Ibrahim bukan lagi Perdana Menteri…Aku akan cerita kepada anak cucu aku pernah...

Lokman Adam Ingatkan Jangan Sentuh Isu 3R PRN Negeri Sembilan

Lokman Adam Ingatkan Jangan Sentuh Isu 3R PRN Negeri Sembilan

17/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Lokman Noor Adam mengingatkan supaya jangan ada mana-mana pihak menyentuh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd