• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gugur Muhyiddin Keputusan Yang Amat Sukar – Najib

oleh Ahmad Albab
30/07/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata keputusan menggugurkan Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada kabinet adalah satu keputusan yang amat sukar tetapi terpaksa dilakukan agar jemaah menteri dapat bergerak sebagai satu pasukan yang jitu.

Perdana Menteri berkata kabinet perlu bertindak sebagai pasukan yang jitu dalam apa jua keadaan, melangsungkan agenda pembangunan negara serta menguruskan isu-isu negara yang berbangkit agar dapat bertindak dengan berkesan.

“Saya boleh menerima perbezaan pendapat dan kritikan sebagai sebahagian daripada proses dalam membuat keputusan namun sebagai anggota kabinet perbezaan pendapat tidak sepatutnya dilakukan di forum terbuka yang boleh menjejaskan pandangan umum terhadap kerajaan serta negara.

“Ia juga bertentangan dengan konsep tanggungjawab bersama,” kata Najib ketika mengumumkan senarai anggota kabinet baharu di Perdana Putra di sini, Selasa.

Beliau juga mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih di atas khidmat bakti yang dicurahkan oleh Muhyiddin serta menteri dan timbalan menteri yang kini tidak lagi bersama dalam pentadbiran kerajaan.

Dalam rombakan kabinet yang diumumkan hari ini, Najib menggugurkan Muhyiddin sebagai Timbalan Perdana Menteri dan menggantikannya dengan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Empat menteri kabinet yang turut digugurkan ialah Datuk Seri Hasan Malek, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Datuk Seri G. Palanivel dan Datuk Dr Ewon Ebin.

Najib berkata beliau yakin kabinet yang baharu dapat meneruskan hasrat kerajaan untuk menjayakan segala perancangan yang telah dijanjikan, meningkatkan keyakinan serta sokongan rakyat kepada Barisan Nasional.

“Keputusan menggantikan Timbalan Perdana Menteri dengan Ahmad Zahid serta empat menteri dan timbalan menteri dan perubahan portfolio dibuat setelah mengambil kira pertimbangan politik dan kepentingan pentadbiran,” katanya. – BERNAMA

Tags: Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Pertahankan Kabinet Baru

30/08/2021
0

BETUL! Rakyat, hasil dan pencapaian perlu diutamakan. Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini. Seolah-olah kebanyakan...

Kerajaan Lama Berundur, Bursa Terus Elok

30/08/2021
0

BURSA Malaysia telah mencatat prestasi antara terbaik dalam dunia sejak kerajaan lama undur diri pada 16 Ogos lalu.Indeks bursa telah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd