• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gangguan Bekalan Air Di Kuala T’ganu Kritikal Menjelang Aidilfitri

oleh Ahmad Albab
03/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Sebanyak 58,000 buah rumah sekitar Kuala Terengganu dan Marang yang mengalami gangguan bekalan air sejak awal Mei lepas, dijangka akan berdepan situasi kritikal menjelang Aidilfitri nanti.

Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (SATU) Ir Atemin Sulong berkata masalah berlaku disebabkan musim kemarau dan penggunaan air melebihi jumlah bekalan berikutan pertambahan kawasan perumahan baharu, hotel dan kompleks perniagaan.

Katanya, dua langkah telah dilaksanakan pihaknya bagi menyelesaikan masalah berkenaan, iaitu dengan mengurangkan tekanan pada waktu malam dan mengenakan catuan bekalan air dari 11 malam hingga 4 pagi.

“Ini menyebabkan sebahagian kawasan mengalami tekanan air yang rendah pada waktu puncak, tiada bekalan air antara 11 malam hingga 4 pagi dan kualiti air yang terjejas iaitu menjadi keruh dan kekuningan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Di Kuala Terengganu, sebanyak 50,000 rumah di 47 buah kampung terlibat dengan gangguan air berkenaan iaitu sekitar Paloh, Durian Burung, Pulau Rusa, Kuala Bekah, Wakaf Che Kapor, Pulau Musang, Sungai Rengas, Kubang Tangga, Kubang Parit, Simpang Empat Pulau Musang, Losong, Kubang Buyung, Pulau Kambing, Jalan Hiliran, Hiliran Jejawi, Cabang Tiga, Seberang Baruh dan Seri Nilam.

Selain itu, Bukit Kechil, Gong Kapas, Pasir Panjang, Bukit Besar, Pengadang Baru, Wakaf Beruas, Wakaf Mempelam, Giant, Tok Jamal, Seberang Takir, Pulau Duyung, Bukit Tunggal, Serdang, Bukit Datu, Pengkalan Arang, Pak Katak, Bukit Tumbuh, Taman Semarak, Gong Kijang, Jalan Semarak, Banggol Pauh, Bukit Tok Beng, Kampung Duyung, Hulu Takir, Telaga Daing, Teluk Ketapang dan Permint Perdana Seberang Takir turut terjejas.

Bagi Marang, gangguan bekalan air melibatkan 8,000 buah rumah iaitu empat kawasan di Tetambak Baru, Jalan Tanggol, Tanah Lot SPKA di Wakaf Tapai dan sekitar Pengkalan Berangan.

Beliau berkata bagi menyelesaikan masalah itu, kerajaan negeri bersetuju untuk membina beberapa loji kecil di lokasi yang kritikal dan dijangka boleh siap dalam jangka masa terdekat.

“Selain itu, kerajaan negeri juga bersetuju untuk membina loji baharu yang berkapasiti 200 MLD (juta liter sehari) di Kuala Nerus dan dijangka siap dalam tempoh tiga tahun serta penghantaran air menggunakan lori tangki ke kawasan kritikal,” katanya.

Sehubungan itu beliau menasihati pengguna agar berjimat cermat, membuat laporan segera jika menemui sebarang kebocoran dan menyimpan air secukupnya bagi menampung penggunaan pada waktu puncak dan sepanjang musim perayaan.

Untuk maklumat lanjut, pengguna boleh menghubungi petugas SATU di talian 1-300-882-111, katanya. – BERNAMA

Tags: bekalan airTerengganu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Pesan Pelajar Tahfiz Tabayyun, Jangan Terpengaruh Suara Sumbang

PM Anwar Pesan Pelajar Tahfiz Tabayyun, Jangan Terpengaruh Suara Sumbang

13/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berpesan kepada pelajar tahfiz supaya sentiasa berpegang pada prinsip tabayyun. Menurut...

Mudah Rakyat Johor Berhubung Dengan Pemangku Sultan

Mudah Rakyat Johor Berhubung Dengan Pemangku Sultan

01/08/2025
0

Terputus bekalan air ni satu isu...yang InsyaAllah pastinya akan diatasi Baginda Tuanku dengan pentadbiran negeri tidak lama lagi. Dapat dilihat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd