ANAK kedua Duke dan Duchess of Cambridge, Putera William dan Kate Middleton iaitu Puteri Charlotte Elizabeth Diana yang dilahirkan pada 2 Mei lalu telah menjalani majlis kristianisasi di Gereja St. Mary Magdalene, Sandringham, England, semalam.
Majlis itu memperlihatkan pasangan diraja itu berjalan menuju ke gereja bersama anak sulung mereka, Putera George Alexander Louis, 2, dengan dihadiri hanya 21 jemputan rasmi termasuk Queen Elizabeth II dan suami, Prince Philip, ahli keluarga serta saudara mara terdekat kedua-dua belah pihak.
Majlis kristianisasi merupakan upacara keagamaan penganut Roman Katolik yang dilakukan kepada bayi yang baru dilahirkan mengikut ritual agama tersebut.
Turut menarik perhatian pada majlis itu ialah keletah comel Putera George yang turut digayakan sama seperti bapanya suatu ketika dulu iaitu berseluar merah, berkemeja putih, berstokin putih dan bersepatu hitam.
Kami kongsikan beberapa foto-foto menarik sepanjang majlis itu berlangsung untuk tatapan anda. – MYNEWSHUB.CC
Oleh: JULIANA JOHAR