Wednesday, May 1, 2024

Creating liberating content

Banjir: Bekalan Sayur Di...

PENGERANG: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) memberi jaminan, bekalan sayur di Johor...

KTMB Tingkat Kekerapan ETS...

KUALA LUMPUR - Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) meningkatkan kekerapan Perkhidmatan Tren Elektrik...

Muhyiddin: Tak Perlu Pertikai...

Pihak lawan tidak perlu mempertikai sumbangan yang diperoleh Perikatan Nasional (PN) untuk berkempen...

Pakar Kecantikan ‘Jadian’ Ancam...

KUALA LUMPUR - Lebih 20,000 ‘pakar’ kecantikan atau estetik tidak bertauliah didakwa bebas...

Fokus Skuad B-13 Malaysia Layak Ke Piala Dunia B-17 Pada 2019

SEPANG – Skuad Program Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN) bawah 13 tahun (B-13) berada pada landasan terbaik melayakkan diri ke Piala Dunia bawah 17 tahun (B-17) pada 2019.

Skuad kendalian Lim Teong Kim mempamerkan aksi cemerlang menjuarai Piala Iber di Costa Del Sol, Sepanyol baru-baru ini, yang diharap menjadi titik permulaan peningkatan prestasi mereka.

Penolong jurulatih pasukan B-13 itu, Raja Azlan Shah Raja Sho’ib berkata perjalanan skuad itu masih di peringkat awal dan pemain perlu menimba lebih banyak ilmu untuk menjadi satu pasukan yang mantap.

“Kita mahu membudayakan bola sepak seperti diamalkan di Jerman. Pemain muda mereka sudah tahu ke mana arah tuju dalam bola sepak.

“Sekarang kita mahu mengubah mentaliti pemain muda ini. Kita mahu mereka ada tujuan dalam bola sepak.

“Kita perlu ada asas yang kuat jika mahu menghasilkan satu pasukan yang berjaya. Mereka perlu tahu asas bola sepak,” katanya kepada pemberita selepas tiba bersama 24 pemain B-13 tahun negara di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.


Skuad itu telah mengharungi 24 perlawanan termasuk menentang kelab-kelab ternama Eropah seperti Bayern Munich, Red Bull Salzburg, FC Servilla dan Sporting Lisbon.

Pasukan itu juga mencatat 21 kemenangan, dua seri dan satu kalah daripada keseluruhan 24 perlawanan itu dengan menghasilkan 69 gol.

Katanya selain pemain, jurulatih juga perlu menimba ilmu yang tinggi dalam bola sepak agar sejajar dengan perkembangan pemain.

Jelajah Eropah turut memberi faedah kepada lebih 12 jurulatih tempatan yang didedahkan kepada corak latihan akademi di Eropah.

Raja Azlan berkata skuad negara akan dikumpulkan semula pada 22 Julai ini, berpusat di Sekolah Sukan Bukit Jalil. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori