• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Fama Pulau Pinang Sasar Jualan Biskut & Kuih Raya RM250,000

oleh Ahmad Albab
08/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUTTERWORTH – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) Pulau Pinang menyasarkan nilai jualan biskut dan kuih raya sebanyak RM250,000 di 14 lokasi Agro Bazaar K-Shoppe sempena Karnival Aidilfitri ini.

Ketua Bahagian Pengaturan dan Galakan Pasaran Fama Pulau Pinang Ahmad Salim berkata lebih 150 jenis kuih dan biskut raya yang dihasilkan 45 usahawan yang berdaftar dengan Fama selain pengusaha kecil-kecilan dijual di 14 bazar berkenaan.

“Produk yang dipasarkan itu adalah keluaran usahawan bimbingan Fama dan dijamin berkualiti kerana ia dipantau oleh kami. Kebanyakan produk yang dijual di bazar ini diproses segar menjadikannya lebih berkualiti dan rasanya juga terjamin.

“Dengan menjualnya di bazar ini, ia dapat membantu usahawan memasarkan produk mereka dan dijual dengan harga yang berpatutan,” katanya selepas merasmikan Karnival Aidilfitri 2015 di Agro Bazaar K-Shopee Warisan Generasi Enterprise, di sini hari ini.

Beliau berkata pada musim perayaan jualan biskut dan kuih raya di Agro Bazaar K-Shoppe meningkat sehingga 200 peratus atau tiga kali ganda daripada biasa.

“Selain itu produk yang dijual adalah keluaran muslim yang disahkan halal dan ia bukan sahaja mendapat permintaan tempatan malah ada yang dihantar ke luar negara,” kata Ahmad.

Seorang pembeli Munah Ismail, 46, berkata banyak pilihan kuih raya di bazar itu selain harga yang ditawarkan juga lebih murah.

“Saya sibuk bekerja dan sejak Fama memperkenalkan jualan kuih raya di bazar mereka, saya memang beli di sini sahaja kerana banyak pilihan termasuk kuih tradisional dan pelbagai serunding,” kata pekerja swasta itu. – BERNAMA

Tags: FAMAPulau Pinang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“PH Nak Jadikan Johor Seperti Pulau Pinang dan Selangor Macam Pelik”

“PH Nak Jadikan Johor Seperti Pulau Pinang dan Selangor Macam Pelik”

02/07/2026
0

BATU PAHAT – Dakwaan calon Pakatan Harapan (PH) DUN Senggarang, Onn Abu Bakar konon Pakatan Harapan (PH) mampu membawa pembangunan...

‘Rakyat Johor Bayar Cukai Juga’ – Ka Siong Gesa Projek E-ART Diberi Layanan Sama Seperti LRT Mutiara Line

‘Rakyat Johor Bayar Cukai Juga’ – Ka Siong Gesa Projek E-ART Diberi Layanan Sama Seperti LRT Mutiara Line

17/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong mempersoalkan mengapa projek Elevated Autonomous Rapid Transit (E-ART) Johor tidak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd