• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Aidilfitri: Esscom Tingkat Kawalan Keselamatan Di Esszone

oleh Ahmad Albab
11/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LAHAD DATU – Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) akan meningkatkan kawalan keselamatan di perairan Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) pada Hari Raya Aidilfitri bagi memastikan tidak ada pihak mengambil kesempatan melakukan jenayah.

Komander Esscom Datuk Abdul Rashid Harun berkata anggota keselamatan Esscom akan terus melakukan tugas pengawasan dan tinjauan keselamatan dengan tumpuan terhadap kawasan strategik.

“Sambutan perayaan ini tidak menjejaskan jumlah anggota yang bertugas di perbatasan bagi mengekang jenayah rentas sempadan, pencerobohan bersenjata dan aktiviti penyeludupan.

“Ramai anggota keselamatan Esscom yang tidak dapat merayakan Aidilfitri bersama keluarga tercinta di Semenanjung atau di Sarawak semata-mata mempertahankan kedaulatan dan keselamatan rakyat Sabah, khususnya di Esszone,” katanya.

Abdul Rashid berkata demikian ketika berucap pada majlis Al-Falah (berbuka puasa) di Masjid Kg Silam, dekat sini malam tadi.

Mengenai rasional pelaksanaan operasi bersepadu secara berterusan di Esszone, beliau berkata ia berjaya mengurangkan bilangan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang sebelum ini, sekitar 60 peratus aktiviti perniagaan penjaja di pasar-pasar besar di zon itu didominasi oleh PATI.

Abdul Rashid berkata operasi bersepadu kini giat dilaksanakan di enam daerah iaitu Kudat, Sandakan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau.

Bagaimanapun, beliau kesal kerana terdapat pihak tertentu yang mempersoalkan kewajaran operasi bersepadu yang menurut mereka telah menjejaskan ekonomi di Esszone.

“Soal keselamatan seharusnya mengatasi kepentingan peribadi atau ekonomi. Peniaga tempatan atau pemilik syarikat perniagaan tidak seharusnya menggaji PATI. Harus diingat ada dalam kalangan pekerja tidak berdokumen atau PATI ini yang menjadi tali barut kepada penjenayah rentas sempadan terutama penculik dari negara jiran. Sebab itu, semua pihak perlu bersatu bagi memastikan Esszone bebas daripada PATI,” katanya.

Sementara itu, Abdul Rashid yang mewakili lebih 170 pegawai, termasuk komponen awam Esscom, mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakyat Sabah, khususnya komuniti Esszone. – BERNAMA

Tags: Esscom
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

ESSCOM Rekod Sifar Penculikan Sejak 2020

ESSCOM Rekod Sifar Penculikan Sejak 2020

07/11/2023
0

KUALA LUMPUR: Kawasan Keselamatan Pantai Timur Sabah (ESSCOM) mengekalkan rekod sifar penculikan untuk wang tebusan sejak 2020 hingga kini. IKUTI...

ESSCOM Keluar Senarai 21 Penjenayah Dikehendaki

06/01/2021
0

LAHAD DATU - Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) mengeluarkan senarai terkini 21 penjenayah rentas sempadan dikehendaki di Zon...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd