• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Drama Curang – Dari Video Kepada Berbalas ‘Pantun’ Di Media Sosial

oleh AK-47
08/07/2015
dalam Hangat
1
Share on FacebookShare on Twitter

Sebuah video pendek memperlihatkan pertelingkahan antara 4 individu dipercayai pasangan suami isteri, adik ipar (adik/kakak si isteri) dan teman wanita lelaki berkenaan viral di media-media sosial negara ini sejak semalam.

Ia menimbulkan pelbagai pertanyaan dan debat seperti anda jangan la nak percaya kepada teman lelaki atau suami anda sangat walaupun dia pijak semut tak mati depan anda.

Pergaduhan bermula apabila lelaki berkenaan yang sedang menikmati hidangan bersama seorang wanita yang dipercayai teman wanitanya dihampiri isteri dan adik iparnya yang mengamuk dan mencampak semua makanan yang ada di atas meja.

Tonton video berikut;

Ia disusuli dengan pertelingkahan antara kesemua yang terbabit dengan begitu banyak mata di food court berkenaan bertumpu kepada aksi hangat percuma yang sedang berlangsung.

Antara kata-kata yang dapat didengari ialah kekecewaan wanita itu serta amaran mahu bertemu di mahkamah kepada suaminya.

Selain itu, kedengaran kata-kata seperti tidak tahu malu keluar dengan laki orang.

Itu bahagian pertama.

Pergaduhan itu rupanya kemudian berlangsung di media sosial dengan wanita berkenaan meluahkan rasa kecewa kepada suami dan teman wanitanya di akaun instagram miliknya.

mynewshub.cc

mynewshub.cc

Banyak lagi perkara yang mula timbul.

Rupanya mereka baru melangsungkan perkahwinan awal Mei lalu dan lelaki itu didakwa sudah curang pada bulan ini (Julai).

Si isteri melangkah beberapa tapak ke depan lagi dengan memuat naik gambar suami dengan teman wanitanya.

mynewshub.cc

mynewshub.cc

Si isteri telah mendedahkan kad kahwin mereka yang dengan jelas memperlihatkan namanya ialah Fauziana Affandi (Anna) dan suaminya Hidayat Kamarruddin.

Si isterinya antaranya bertanya kepada teman wanita si suami yang bernama Ernie (si isteri yang dedahkan) ialah apakah dia yakin selamat melanjutkan hubungan dengan suaminya.

“Kalau dia buat begini berkali-kali kepada isterinya, apa yang membuat kamu berfikir dia tidak akan melakukan yang sama dengan kamu?,”.

Opsss kejap-kejap… berkali-kali….

Dah pernah kantoi ke?

By the way.. Ernie dikatakan baru berusia 19 tahun… hebat dah mampu sailang laki orang.

Lebih dramatik dan menyedihkan, rupanya teman wanita suaminya itu turut hadir bersama keluarganya di perkahwinan mereka dan bergambar bersama.

Apa pun…status si isteri berakhir dengan kata-kata ucapan selamat kepada suaminya…

Dia masih menggunakan kata To You My Love : @hidayatkamaruddin….

Dia juga merelakan suaminya untuk bersama wanita itu.

Namun, episod belum berakhir di situ, selepas beberapa jam, si suami turut tampil dengan status baru yang menzahirkan bahawa sikap isterinya yang telah memalukan diri dia dan teman wanitanya.

“Berlaku apa-apa kepada dia (teman wanita), awak yang akan memikul tanggungjawab,” katanya.

mynewshub.cc

mynewshub.cc

Dalam luahan itu, terkeluar juga beberapa kekecewaan lama si suami terhadap isterinya.

Antaranya dakwaan si isteri yang begitu mendambakan kemewahan yang tidak mampu dipenuhi olehnya.

Selain itu, dakwaan perbelanjaan tinggi terpaksa dikeluarkan untuk perkahwinan mewah yang diinginkan si isteri menyebabkan mereka terbeban dengan hutang.

Si suami juga memberitahu, perhubungan dan perkenalan antara mereka selama 8 tahun bukan sesuatu yang indah buat dirinya.

Macam-macam lagi la yang timbul.

Sejujurnya… simpati pada dua-dua orang pasal bila perhatikan lama-lama…budak-budak lagi…

Orang kata 7 tahun pertama perkahwinan tempoh yang amat sukar untuk kebanyakan pasangan….bukan semua yea…kebanyakkan…

Dia orang ni baru dua bulan…

Dah tentu belum ada anak apa lagi kan…kalau mereka bersabar, mungkin benda boleh elok balik.

Apa pun, sayang… kantoi sudah kau Hidayat…

Antara doa ku…. jangan bulan depan TV3 keluar drama Dia Suami Kantoi Di Food Court dah la….

Tags: curangSuami Isteri
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

VIDEO: Lelaki Kantoi Tak Tahan Tengok Patung Di Tepi Jalan

Next Post

Kebakaran Hutan Berhampiran Sempadan Brunei Terkawal

Related Posts

Suami Isteri Kejar Kereta Penembak Demi Nombor Plat

Suami Isteri Kejar Kereta Penembak Demi Nombor Plat

11/02/2025
0

KLUANG: Pasangan suami isteri nekad mengejar sebuah kereta dinaiki tiga suspek sejauh dua kilometer selepas penjenayah itu cuba membunuh mereka...

Suami Bakar Kereta Isteri Kerana Sengketa Rumah Tangga

Suami Bakar Kereta Isteri Kerana Sengketa Rumah Tangga

03/02/2025
0

JOHOR BAHRU: Perselisihan faham dalam rumah tangga, disyaki menjadi punca sebuah kereta Toyota Vios disimbah petrol sebelum dibakar dalam kejadian...

Next Post

Kebakaran Hutan Berhampiran Sempadan Brunei Terkawal

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd