• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dollah Salleh Puji Aksi Pemain Muda

oleh Ahmad Albab
27/07/2015
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketua jurulatih negara, Dollah Salleh memuji pemain muda dalam skuad Pilihan Malaysia yang menampilkan aksi cemerlang untuk mengikat kelab gergasi England, Liverpool, 1-1 dalam perlawanan persahabatan antarabangsa di Stadium Nasional Bukit Jalil, Jumaat malam.

Mengambil contoh penyerang skuad Harimau Muda B, S. Kumaahran, jurulatih berusia 51 tahun itu berkata pemain tersebut menampilkan persembahan terbaiknya biarpun diturunkan pada babak kedua perlawanan itu.

Oleh itu, katanya, aksi pemain itu memberi amaran kepada pemain senior supaya memberikan usaha yang lebih baik untuk memburu tempat dalam skuad negara bagi menghadapi baki perlawanan pusingan kelayakan Piala Asia 2009 yang turut menjadi pusingan kelayakan Piala Dunia 2018.

“Saya tidak menjangka pemain itu bermain dengan sungguh baik walaupun diturunkan pada babak kedua perlawanan. Bagi saya, semua pemain perlu berjuang untuk menempah tempat dalam skuad negara,” katanya selepas perlawanan itu.

Dollah juga bangga dengan keputusan itu walaupun skuad itu mempunyai masa yang singkat untuk melakukan persiapan.

Sementara itu, pengurus Liverpool, Brendan Rodgers turut memuji skuad Pilihan Malaysia kerana memperagakan persembahan cemerlang menentang barisan mudanya.

Menurutnya, perlawanan tersebut akan menjadi medan terbaik untuk pemainnya berada pada tahap kecergasan yang tinggi sebelum bermula musim Liga Perdana Inggeris (EPL) 2015/2016.

“Saya sungguh berpuas hati dengan apa yang dilalui pada jelajah pramusim setakat setakat ini. Pasukan tuan rumah (Pilihan Malaysia) memberi saingan sengit pada babak pertama tetapi secara keseluruhan saya gembira dengan persiapan kami sebelum musim baharu EPL bermula,” katanya. – BERNAMA

Tags: Dollah SallehHarimau Malaya
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rob Friend Dilantik CEO Harimau Malaya

Rob Friend Dilantik CEO Harimau Malaya

31/12/2024
0

Kuala Lumpur : Teka-teki siapa bakal menerajui Harimau Malaya akhirnya terungkai apabila Robert Douglas Friend atau lebih dikenali sebagai Rob...

Tunku Mahkota Ismail Garis Kriteria CEO Harimau Malaya

Tunku Mahkota Ismail Garis Kriteria CEO Harimau Malaya

27/12/2024
0

KUALA LUMPUR : Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) skuad Harimau Malaya jelas bukanlah individu yang calang-calang selepas Pemangku Sultan Johor, Tunku...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd