CHINA – Tragedi menimpa seorang wanita, Achun apabila suaminya menghilang diri dan dihalau keluar dari rumah mereka selepas melahirkan bayi perempuan di Guangdong.
Achun hanya mengetahui dia dihalau keluar selepas pulang ke rumah bersama bayi yang baru dilahirkan di rumah ibu bapanya.
Selain kunci pintu yang ditukar, semua barang-barang dalam rumah juga telah dibawa keluar dari pangsapuri yang didiaminya oleh saudara mara suaminya. Mereka juga enggan memberitahu di mana suaminya berada.
Achun sebelum ini pulang ke rumah ibu bapanya untuk bersalin selepas dinasihatkan oleh ibu mertua dan suaminya. Meskipun ia satu petunjuk bahawa dia akan dihalau keluar, namun Achun tidak menyedarinya.
Hanya selepas kembali ke rumahnya pada 28 Julai lalu, barulah dia terkejut kerana terpaksa berdepan dengan situasi berkenaan.
Menurut Achun, suaminya kerap menghubunginya ketika dia berada di rumah ibu bapanya, justeru sukar untuk menyedari akan keadaan tersebut.
“Semuanya berubah sekelip mata. Suami saya langsung tidak membalas mesej dan panggilan telefon.,” katanya.
Pada mulanya Achun enggan mengandung lagi kerana dia dan suaminya masing-masing mempunyai anak daripada perkahwinan terdahulu. Namun selepas dipujuk ibu mertua dan suaminya yang inginkan anak lelaki, dia akhirnya mengandung juga.
Malah katanya ibu mertuanya juga kerap ke kuil untuk berdoa supaya dia diberikan cahaya mata lelaki.
Achun bagaimanapun percaya kemungkinan suaminya mempunyai hubungan sulit dengan wanita lain atau pun dia menyembunyikan diri selepas perniagaannya muflis. – MYNEWSHUB.CC
https://www.youtube.com/watch?v=vb-yYWzw2rk