• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Denda Bakal Dikenakan Di T’ganu Jika Buang Sampah Merata-Rata

oleh Ahmad Albab
29/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Kerajaan negeri Terengganu menerusi pihak berkuasa tempatan (PBT) akan mendenda sesiapa yang didapati membuang sampah merata-rata di tempat awam dengan menempatkan anggota berwajib di beberapa kawasan tumpuan ramai tidak lama lagi.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata penguatkuasaan yang bakal dilaksanakan itu sebagai kaedah mendidik masyarakat dan mengubah mentaliti rakyat terutama dalam usaha merealisasikan hasrat menjadikan Terengganu bersih.

“Penguatkuasaan akan dijalankan di kawasan-kawasan rekreasi bagi mengesan mereka yang melakukan kesalahan ini dan kita mahu rakyat sedar dan tahu perbuatan membuang sampah merata-rata tempat adalah satu kesalahan.

“Kita bukan sengaja mahu kenakan denda atau kutip duit orang awam, tetapi sekiranya budaya membuang sampah di kawasan awam seperti pasar Ramadan seumpamanya masih tidak dapat dihapuskan, kita terpaksa guna cara lain bagi menyedarkan mereka,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis sambutan Aidilfitri Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), di sini, Selasa.

Menurutnya denda yang bakal dikenakan ini juga merupakan salah satu konsep untuk menggalakkan orang ramai menggunakan tong sampah yang telah disediakan.

Beliau berkata pihaknya berpuas hati dengan sistem yang telah dilakukan oleh semua PBT bagi pengurusan sampah sepanjang sambutan hari raya lepas, cuma masih terdapat segelintir masyarakat yang masih bersikap sambil lewa menguruskan pembuangan sampah dan menyalahgunakan kemudahan yang ada.

Dalam pada itu, Ahmad Razif turut mengumumkan kerajaan negeri bercadang untuk memiliki dua buah lori bagi kerja-kerja pembersihan longkang yang menggunakan teknologi dari Jerman bagi memastikan negeri ini sentiasa bersih.

Justeru katanya beliau telah mengarahkan pihak pasukan teknikal pada akhir bulan ini bagi melihat penggunaan lori penyedut pasir dan penyedut air yang dijangkakan bernilai RM600,000 sebuah bagi membersihkan kawasan-kawasan longkang.

Menurutnya penggunaan teknologi berkenaan adalah releven bagi menjalankan kerja-kerja pembersihan yang sebelum ini dilakukan secara manual dengan menggunakan tenaga manusia. – BERNAMA

Tags: SampahTerengganu
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Polis Tumpas 2 Kumpulan Pecah Rumah Sekitar K.Kinabalu

Next Post

Elak Lawat Ladang Dan Minum Susu Unta – Menteri Kesihatan

Related Posts

Hujan Berterusan Tahap Waspada Diramal Landa Sabah, Kelantan Dan Terengganu

Hujan Berterusan Tahap Waspada Diramal Landa Sabah, Kelantan Dan Terengganu

22/03/2025
0

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan peringkat waspada yang dijangka melanda beberapa kawasan di Sabah, Kelantan...

Punca Banjir Besar Di Kelantan, Terengganu

Punca Banjir Besar Di Kelantan, Terengganu

03/12/2024
0

KUALA LUMPUR: Kadar taburan hujan di Kelantan dan Terengganu dalam tempoh lima hari, dari 26 hingga 30 November lalu adalah...

Next Post

Elak Lawat Ladang Dan Minum Susu Unta - Menteri Kesihatan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd