Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Ramai Graduan Muflis Kerana...

KUALA NERUS - Terlalu mementingkan gaya hidup mewah dan takut dilabel sebagai miskin...

Selepas Bermacam Kejutan, Hafiz...

SETIAP manusia dilahirkan berpasang-pasangan. Jodoh yang baik sentiasa diimpikan oleh semua umat manusia...

JBPM KL Kaji Usaha...

KUALA LUMPUR - Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur sedang melakukan kajian bagi...

MT Orkim Harmony Telah...

KAPAL tangki MT Orkim Harmony yang hilang sejak Khamis lalu, dikesan berada di perairan...

Dato’ Ida, Suami Jelajah 8 Daerah Di Terengganu Sempena Ramadan

KESIBUKAN tidak menghalang ahli perniagaan berjaya yang juga pemilik butik Bianco Mimosa, Dato’ Ida Suraya Mustapha menyisih masa untuk melakukan aktiviti amal terutama di bulan Ramadan.

Bertempat di Pusat Rawatan Islam & Darul Huffaz Nasrussyifa El-Suraya, Serendah Golf Resort, seramai 90 anak yatim daripada tiga rumah kebajikan serta golongan asnaf diraikan dalam satu majlis berbuka puasa, semalam.

Bagaimanapun majlis ini cuma satu daripada banyak siri CSR yang dijalankan beliau tanpa mengira bulan.

“Ini adalah rutin setiap tahun pada bulan Ramadan. Sumbangan biasanya dilakukan di pusat rawatan ini atau secara berkunjung ke rumah anak yatim itu sendiri.

“Kami juga mengedarkan beras dan lauk untuk mereka berbuka puasa,” ujar Dato’ Ida yang beruntung kerana aktiviti amal yang dilakukan turut mendapat sokongan penuh suami tercinta, Dato’ Dr. Najmil Faiz Mohamad Aris.

SAJA MENGUSIK.. antara anak yatim yang diraikan pada majlis berbuka puasa dan sumbangan Hari Raya semalam.
SAJA MENGUSIK.. antara kanak-kanak yang diraikan pada majlis berbuka puasa dan sumbangan Hari Raya semalam.

Dalam pada itu Dato’ Dr Najmil yang merupakan Naib Ketua Pemuda UMNO Terengganu dan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kuala Terengganu berkata, beliau turut sibuk melakukan jelajah amal bagi memberi zakat kepada penduduk asnaf di lapan bahagian daerah di Terengganu sempena Ramadan bersama isterinya.

Lapan bahagian tersebut melibatkan daerah Kemaman, Dungun, Besut, Setiu, Marang, Hulu, Kuala Terengganu dan terakhir, Kuala Nerus yang dikunjungi mereka Ahad lalu.

Pusat Rawatan Islam & Darul Huffaz Nasrussyifa El Suraya yang terletak di Serendah, Selangor.
Pusat Rawatan Islam & Darul Huffaz Nasrussyifa El Suraya yang terletak di Serendah, Selangor.

Menyentuh tentang Pusat Rawatan Islam & Darul Huffaz Nasrussyifa El-Suraya yang dinaunginya, Dato’ Ida menjelaskan premis yang dibuka setiap hari kecuali Jumaat dari jam 9.30 pagi hingga 5 petang itu menawarkan rawatan alternatif Islam, menerima zakat dan menyediakan khidmat kaunseling.


Sesudah tiga tahun dibuka, pusat rawatan Islam itu turut mengambil 20 anak tahfiz sejak enam bulan lalu, untuk dilatih menghafaz al-Quran dan mendalami ilmu perubatan Islam.

“Insya-Allah kami kini dalam perancangan untuk melebarkan sayap menjalin kerjasama dengan universiti luar bagi membolehkan anak-anak tahfiz melanjutkan pelajaran ke Timur Tengah selepas tamat pengajian di sini,” ujar Dato’ Ida.

Dato' Ida Suraya bersama suami
Dato’ Ida Suraya bersama suami, Dato’ Dr. Najmil Faiz Mohamad Aris.

Dalam perbualannya bersama Mynewshub, Dato’ Ida sempat meluahkan rasa teruja kerana bakal berangkat menunaikan ibadah Umrah bersama suami, anak-anak, ibu dan keluarga mentua esok (Rabu) dan merancang untuk berada di tanah suci hingga 1 Syawal.

“Sekarang tiba masanya untuk menumpukan sepenuh perhatian pada ibadah dan melupakan seketika segala kerja dan urusan dunia yang tak pernah habis,” ujarnya.

Kami di Mynewshub mendoakan semoga Dato’ Ida sekeluarga mendapat Umrah yang mabrur, amin. – MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=8p-UtxwcChA&feature=youtu.be

Oleh: REM RAMZI
Foto/Video: RIZA RAZAK

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori