SEHINGGA ke hari ini, wang kertas Ringgit Malaysia (RM) telah empat kali ditukar rekaannya dengan siri keempat mula digunakan secara meluas sejak tahun 2012.
Rekaan siri ke-4 tersebut membawakan keunikan Malaysia di mana ekspresi berasaskan rekaan ikonik negara dapat dilihat seperti  wau bulan untuk not RM1, burung kenyalang untuk RM5 dan bunga rafflesia untuk RM10.
Menariknya baru-baru ini, salah seorang pereka grafik tempatan telah memuat naik gambar konsep matawang ringgit yang direkanya sewaktu belajar di universiti.
Muaz Muhammad, salah seorang pereka grafik dari Seniyati Studio telah berkongsi di halaman Facebooknya rekaan konsep matawang ringgit yang juga merupakan salah satu projek tugasan subjek rekaan grafik semasa dia menuntut di Universiti Sains Malaysia.
Menerusi rekaan Muaz, binatang dan objek yang simbolik dan signifikan untuk negara turut dimuatkan seperti burung Kenyalang, satelit Measat dan juga keris.
Apa pun ini hanyalah konsep dan karya untuk tugasan subjek di universiti, bukannya rekaan rasmi dari Bank Negara Malaysia.
Memandangkan kita baru sahaja menggunakan rekaan baru bermula 2012, jika rekaan sebegini diadaptasi pun, ianya mungkin akan ambil masa sedekad sebelum rekaan baru diperkenalkan.
Kami tertarik dengan rekaannya yang agak moden dan kombinasi warna yang cantik, serta rekaan menegak untuk RM1.
Apa pendapat anda untuk hasil karya beliau ini, sangat kreatif kan? – MYNEWSHUB.CC
Sumber: Facebook Muaz Muhammad
Oleh: hzq