• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Chile Akhiri Penantian 99 Tahun, Juara Copa America 2015

oleh Ahmad Albab
05/07/2015
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

SANTIAGO – Chile merangkul kejuaraan Copa America 2015 selepas menewaskan Argentina, menerusi penentuan penalti 4-1, di sini, sebentar tadi.

Ia mengakhiri penantian 99 tahun Chile dan lebih manis lagi kejayaan itu dirakam di depan rakyanya apabila Chile menjadi tuan rumah Copa Amerika kali ini.

Kedua-dua pasukan terikat 0-0 selepas beraksi selama dua jam. Penjaga gol Chile, Claudio Bravo mempamer keunggulan apabila menahan bola sepakan rendah E Banega dengan sebelum itu tendangan Gonzalo Higuain tersasar gawang gol.

Chile pula memastikan kemenangan selepas menyempurnakan semua empat sepakan penalti.

Hanya Lionel Messi yang tampil sebagai penendang pertama berjaya menjaringkan gol untuk Argentina. Sepakan keempat Chile yang memastikan kejuaraan buat tuan rumah disempurnakan oleh Alexis Sanchez.

Tiga lagi sepakan disempurnakan oleh M Fernandez, A Vidal dan C Aranguiz.

Aksi penuh dramatik itu dengan kedua-dua pasukan sering mengasak disaksikan oleh lebih 50,000 penonton dan penyokong Chile yang membanjiri stadium.

Keputusan itu juga menyaksikan bintang Argentina, Messi terus kemarau tanpa kejuaraan untuk negaranya. Skuad kebangsaan Argentina masih tiada membolot trofi kejuaraan untuk tempoh 22 tahun dan Messi pasti akan terus dikritik tanpa sumbangan bermaknanya ketika pasukan memerlukannya.

Chile pula pernah ke final 28 tahun lalu tetapi tewas kepada Uruguay di Argentina. Chile muncul naib juara empat kali termasuk ketika menjadi tuan rumah pada 1955. – AFP

Tags: Copa America
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Copa: Gol Kontroversi Iringi Kemaraan Brazil

24/06/2021
0

PENYANDANG juara, Brazil dipaksa bermandi peluh sebelum dapat bangkit menewaskan Colombia 2-1 pada aksi kumpulan B Copa America di Stadium...

COPA: Argentina Ikut Jejak Chile Ke Suku Akhir

22/06/2021
0

BRASILIA - Argentina mengikut jejak langkah Chile apabila mengesahkan tempat ke suku akhir dalam saingan Copa America. Argentina mencatat kemenangan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd