• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bilik Server RTM Di Wisma TV Terbakar

oleh Ahmad Albab
27/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebuah bilik storan data berkomputer di tingkat 5, Wisma TV, Radio Televisyen Malaysia (RTM) terbakar awal hari ini.

Tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan berlaku dalam kebakaran di bilik berkenaan di tingkat 5 yang menempatkan bahagian pentadbiran RTM itu.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Wangsa Maju, Che Shaari Abdullah berkata pihaknya menerima panggilan 8.27 pagi berhubung kejadian itu sebelum 27 anggota bersama dua jentera dari balai bomba dan penyelamat Pantai dan Seputeh bergegas ke lokasi kejadian.

“Bomba menerima panggilan daripada seorang polis bantuan RTM yang berada di tingkat bawah lobi selepas dia (pengawal keselamatan) mendengar penggera kecemasan dibunyikan dari tingkat yang terbakar.

“Setibanya di lokasi, anggota bomba mendapati bilik server terbakar dan asap tebal menyelubungi bilik berkenaan manakala bilik lain di tingkat itu tidak terjejas. Pihak bomba berjaya mengawal kebakaran 10 minit kemudian,” katanya kepada Bernama di tempat kejadian.

Che Shaari berkata punca kebakaran dan jumlah kerugian masih disiasat oleh Jabatan Forensik Kebakaran.

Sementara itu, saksi kejadian yang juga polis bantuan di RTM, Muhammad Hafiz Dzulkafli berkata pada 8.25 pagi, beliau terdengar bunyi penggera kecemasan di tingkat satu dan terhidu bau asap.

“Sebaik mendengar bunyi penggera, saya terus pergi ke bilik kawalan pendingin hawa untuk menutup suis utama pendingin hawa tetapi bau asap menjadi semakin kuat,” katanya.

Hafiz berkata beliau membuat laporan kepada pihak bomba pada pukul 8.27 pagi selepas melihat kepulan asap tebal keluar melalui tingkap di tingkat lima. – BERNAMA

Tags: kebakaran
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kajian Dedah Hubungan Kekal Lama Jika Tayang Kebahagiaan

Next Post

MyBas Di Perlis Dijangka Beroperasi Ogos Ini

Related Posts

Kebakaran Terbesar Dekad Ini, Israel Umum Darurat Negara

Kebakaran Terbesar Dekad Ini, Israel Umum Darurat Negara

01/05/2025
0

BET SHEMESH, Israel: Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu memberi amaran bahawa kebakaran hutan yang merebak dengan pantas berhampiran Baitulmaqdis boleh...

50 Rumah Setinggan Musnah Terbakar Menjelang Ramadan

50 Rumah Setinggan Musnah Terbakar Menjelang Ramadan

01/03/2025
0

Kota Kinabalu: Dianggarkan 50 rumah setinggan musnah dalam kebakaran di Kampung Cempaka Likas, di sini, awal pagi tadi. Bagaimanapun, kejadian...

Next Post

MyBas Di Perlis Dijangka Beroperasi Ogos Ini

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd