LOS ANGELES – Ia sudah berakhir. Pelakon Ben Affleck dan Jeniffer Garner mengumumkan perceraian hanya sehari selepas ulang tahun perkahwinan ke-10 mereka.
Pengumuman itu dibuat bersama-sama setelah beberapa bulan spekulasi bertiup kencang mengenai keretakan perkahwinan selebriti terbabit.
Mereka berkahwin pada 29 Jun 2005 dan mempunyai tiga cahaya mata iaitu Violet, Serphina dan Samuel.
Harta pasangan itu dianggar bernilai $150 juta dengan aset hartanah mereka di Los Angeles, New York, Montana dan Georgia akan dibahagi sama rata.
“Selepas membuat pertimbangan yang sewajarnya, kami membuat keputusan yang sukar iaitu bercerai.
“Bagaimanapun kami akan terus berkawan dan menyayangi satu sama lain dan bersama-sama memikul tanggungjawab terhadap anak-anak, Dalam keadaan sukar ini, kami mohon diberikan privasi,” demikian bunyi kenyataan yang dibuat oleh Ben dan Jennifer.
Kedua-duanya dilaporkan telah menjalani terapi perkahwinan selama bertahun-tahun dan sering dilihat menghabiskan masa secara berasingan. – MYNEWSHUB.CC
https://www.youtube.com/watch?v=X36gnNxInpk

