Monday, March 4, 2024

Creating liberating content

FRI Rantau Abang Guna...

DUNGUN - Institut Penyelidikan Perikanan (FRI) Rantau Abang di sini atau lebih dikenali...

Memahami Sejarah Turunnya Al-Quran

Al-QURAN diturunkan pada malam Lailatul Qadar secara berperingkat.* “Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini...

Misteri Di Sebalik Keputusan...

"Lutut saya bergetar dan saya tidak boleh berdiri atau duduk selepas membaca surat...

Malaysia Kedudukan Ke-4 Trofi...

KUALA LUMPUR - Malaysia menamatkan saingan di tempat keempat pada Kejohanan Hoki Trofi...

Najwa Belum Sedia Beri Lagu Ciptaan Untuk Penyanyi Lain

PENYANYI dan komposer muda terkenal, Najwa Latif mengakui dia masih belum bersedia untuk memberi lagu ciptaannya untuk penyanyi lain.

Ini kerana menurutnya, dia bimbang lagu yang diciptanya tidak sesuai dengan mereka ia menyifatkan lagu-lagu ciptaannya terlalu ringan.

“Tidak dinafikan ada beberapa artis yang berhasrat untuk menyanyikan lagu ciptaan saya tapi saya minta maaf kerana masih belum bersedia untuk memberikannya kepada mereka.

“Lagu-lagu saya terlalu ringan, saya bimbang ia tidak sesuai dengan mereka. InsyaAllah satu hari nanti memang impian saya untuk mendengar lagu ciptaan sendiri dinyanyikan orang lain,” katanya memetik mStar.

Lagu-lagu ciptaan Najwa sebelum ini semuanya menjadi sebutan berikutan muzik dan lirik yang catchy sesuai dengan usia mudanya.


Antara lagu-lagu ciptaannya yang menjadi hits adalah seperti Cinta Muka Buku, Adamu, Satu Hari Nanti, Kosong dan Carta Hati.

Dalam pada itu, penyanyi berusia 20 tahun ini berkata dia meraikan hari lebaran di kampung halamannya yang terletak di Batu Pahat, Johor. – MYNEWSHUB.CC

Najwa Latif – Satu Hari Nanti (Official Music Video)

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori