Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Shahidan Pengerusi BPUN Perlis,...

BATU PAHAT – Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan...

Tercabut Akibat Ribut: DBKL...

PETALING JAYA : Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bertindak memasang dinding sementara di...

Pengasas SMMG Ditahan Reman

SIASATAN berterusan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman membawa kepada penahanan pengasas...

Nahas DUKE: 2 Pemandu...

KUALA LUMPUR – Dua pemandu Perodua Myvi dihukum penjara tiga tahun dan denda...

AMK Anggap Sarawak Report Ditindas

KUALA LUMPUR – Angkatan Muda Keadilan (AMK) mendakwa tindakan menyekat akses kepada laman web Sarawak Report merupakan satu penindasan ke atas pihak media.

Ketuanya, Nik Nazmi Nik Ahmad mendakwa, tindakan itu akan memburukkan reputasi negara di persada dunia.

“Tindakan kerajaan menyekat akses kepada Sarawak Report sudah pun dilaporkan oleh media antarabangsa termasuklah media The Guardian, United Kingdom.

“Kerajaan mestilah menghentikan sekatan itu. Kerajaan juga mesti bertekad untuk menghentikan sebarang penindasan ke atas pihak media,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan sebelum ini menyokong tindakan kerajaan menyekat akses kepada laman web Sarawak Report.


Tegas beliau, kerajaan tidak akan bertolak ansur dengan “pembohongan terang-terangan” seperti yang dilakukan oleh laman web tersebut.

“Langkah itu dibuat bagi menunjukkan kerajaan tidak membiarkan laporan yang tidak bertanggungjawab oleh mana-mana laman web atau blog,” tegasnya. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori