• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Ali Tinju’ Mengaku Tidak Bersalah Sebut Perkataan Hasut

oleh Ahmad Albab
19/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM), Mohd. Ali Baharom mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dakwaan menyebut perkataan menghasut ketika insiden pergaduhan di Plaza Low Yat, Ahad lalu.

Mohd Ali, 44, atau lebih dikenali ‘Ali Tinju’ didakwa menyebut lima ayat yang berbentuk provokasi perkauman di hadapan bangunan plaza berkenaan, Jalan Bulan 1, Off Jalan Bukit Bintang, di sini pada 8.30 malam, 12 Julai.

Dia didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta yang sama, membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Ketika rayuan, Mohd. Ali yang diwakili peguam, K. Ragunath memohon agar mahkamah menetapkan jumlah jaminan RM5,000 sahaja memandangkan isterinya tidak bekerja, tertuduh sendiri tidak mempunyai pendapatan tetap selain mempunyai lima anak masih bersekolah.

“Dia hanya berniaga kecil-kecilan dan tiada pekerjaan tetap. Dia juga telah direman tiga hari setelah menyerah diri di balai polis Dang Wangi selepas mendapat tahu di akhbar bahawa polis ingin mendapatkan maklumat daripada beliau,” kata Ragunath.

Timbalan Pendakwa Raya S. Ravindran bagaimanapun menawarkan RM10,000 sebagai jaminan.

Hakim Datuk Jagjit Singh Bant Singh kemudiannya menetapkan jaminan sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin dengan syarat tambahan iaitu Mohd. Ali tidak dibenar kacau ganggu atau menghubungi saksi pihak pendakwaan dalam kes itu.

Wang jaminan terhadap Mohd. Ali juga akan dibatalkan sekiranya dia dituduh lagi atas kesalahan hasutan.

Jagjit Singh menetapkan 30 Julai untuk sebutan.

Mohd. Ali membayar wang jaminan itu. – BERNAMA

 

Tags: Akta HasutanAli TinjuPlaza Low Yat
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Komposer Lagu Untukmu Ibu, Rahim Othman Meninggal Dunia

Next Post

Kedah Tetap Had Laju 70 Km Sejam Sempena Aidilfitri

Related Posts

Polis Cadangkan Hadi Dituduh Bawah Akta Hasutan

Polis Cadangkan Hadi Dituduh Bawah Akta Hasutan

04/09/2023
0

Polis akan mencadangkan Jabatan Peguam Negara (AGC) menuduh Presiden PAS Abdul Hadi Awang bawah Akta Hasutan dan Akta Komunikasi dan...

Ahli DAP Paloh Direman Tiga Hari Bawah Akta Hasutan

11/04/2022
0

Seorang ahli DAP bahagian Paloh ditahan di rumahnya lewat tengah malam tadi kerana didakwa menghasut melalui kiriman Facebook yang dibuat...

Next Post

Kedah Tetap Had Laju 70 Km Sejam Sempena Aidilfitri

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd