Thursday, July 25, 2024

Creating liberating content

UniMAP Dipilih Sebagai Perintis...

KUALA PERLIS - Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dipilih sebagai universiti pertama ditawarkan kursus...

Pengeluaran Permit Import Sampah...

PUTRAJAYA - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) muktamad menghentikan sepenuhnya pengeluaran permit...

Najib Akan Hadir Majlis...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan menghadiri majlis...

Artis Tak Wajar Hasut...

GOLONGAN penggiat seni tempatan dinasihatkan supaya tidak terjebak dalam kancah politik tanah air...

AirAsia Mulakan Penerbangan KL-Maldives 22 Oktober

KUALA LUMPUR – AirAsia akan memulakan penerbangan terus tiga kali seminggu laluan Kuala Lumpur-Maldives bermula 22 Oktober, 2015.

Syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan hari ini berkata tempat duduk kini boleh ditempah menerusi dalam talian di airasia.com dengan tambang terangkum bermula daripada serendah RM169 sehala.

“Promosi itu berterusan sehingga 26 Julai, 2015, bagi tempoh perjalanan 22 Okt, 2015 sehingga 31 Ogos, 2016,” kata syarikat penerbangan itu.

Ketua Komersil AirAsia Bhd, Spencer Lee berkata jadual penerbangan bagi laluan ini akan membolehkan penumpang dari semua rantau lain seperti Korea Selatan, Jepun, China, Hong Kong, Thailand, Australia untuk menyambung penerbangan dengan mudah menggunakan perkhidmatan Fly-Thru AirAsia.


“AirAsia adalah satu-satunya syarikat penerbangan yang terbang terus ke Maldives dari sini, menawarkan penerbangan tiga kali seminggu ke destinasi pulau tersebut.

“Antara destinasi yang menawarkan sambungan penerbangan Fly-Thru ke Maldives termasuklah Incheon, Osaka, Hong Kong, Shenzhen, Bangkok, Pulau Pinang dan Gold Coast,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori