• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

97 Unit Rumah Kekal Siap Dibina Untuk Mangsa Banjir

oleh Ahmad Albab
02/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebanyak 97 unit rumah kekal telah siap dibina untuk mangsa banjir di pantai timur dan Perak yang berlaku akhir tahun lepas, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim.

Beliau berkata jumlah itu adalah yang siap dibina sejak 29 Jun lepas, manakala 88 unit rumah lagi akan disiapkan sebelum Hari Raya ini.

Setakat ini katanya, pembinaan rumah kekal yang dibina oleh kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri adalah di Kelantan, Pahang, Terengganu dan Perak.

“Di Kelantan, sebanyak 37 unit rumah kekal baharu telah siap dibina oleh kerajaan persekutuan dan 29 unit lagi oleh kerajaan negeri, manakala di Pahang, sebanyak 21 unit rumah siap dibina oleh kerajaan persekutuan.

“Di Terengganu pula, kerajaan persekutuan telah siap membina tiga unit rumah manakala seunit lagi oleh kerajaan negeri. Sementara di Perak, enam unit telah siap dibina oleh kerajaan persekutuan,” katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen pada Khamis.

Shahidan memaklumkan bahawa kebanyakan rumah yang masih belum siap adalah disebabkan ia masih dalam peringkat pembinaan dan penyelesaian urusan tapak dengan kerajaan negeri.

Sebanyak 2,094 unit rumah kekal baharu telah dikenal pasti untuk dibina bagi mangsa banjir dan usaha pemulihan tersebut dilakukan oleh Unit Pemulihan Pasca Banjir yang ditubuhkan pada 4 Feb lepas.

Beliau berkata daripada jumlah 2,094 itu, sebanyak 1,415 unit akan dibina kerajaan persekutuan dan 573 unit oleh kerajaan negeri, manakala 106 unit lagi tidak memenuhi syarat pembinaan.

Pecahan pembinaan mengikut negeri ialah Kelantan (1,255 unit rumah oleh kerajaan persekutuan dan 572 unit oleh kerajaan negeri), Pahang (224 dibina kerajaan persekutuan, Terengganu (16 dibina kerajaan persekutuan dan seunit oleh kerajaan negeri) dan Perak (26 dibina kerajaan persekutuan).

“Untuk mempercepatkan usaha pembinaan rumah kekal baharu, kerajaan persekutuan akan menggunakan kaedah Industrialised Building System (IBS) di kawasan penempatan berkelompok,” kata Shahidan. – BERNAMA

 

Tags: mangsa banjirRumah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jadikan Kawasan Rumah YB Dahulu Sebagai Projek Permulaan – Akmal Saleh

Jadikan Kawasan Rumah YB Dahulu Sebagai Projek Permulaan – Akmal Saleh

23/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh secara sinis mencadangkan projek penternakan babi dibuat di kawasan...

Rakyat Disaran Tanam Sayur Sendiri Hadapi Impak Global

Rakyat Disaran Tanam Sayur Sendiri Hadapi Impak Global

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia diseru menanam sendiri sayur-sayuran bagi menangani impak rantaian bekalan makanan global akibat konflik di Asia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd