• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

80,000 Kunjungi Rumah Terbuka Najib Di Putrajaya

oleh Ahmad Albab
20/07/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Datuk Seri Najib Tun Razak dan anggota Kabinetnya meraikan kira-kira 80,000 rakyat tempatan dan asing pada majlis rumah terbuka Aidilfitri di kediaman rasmi perdana menteri, Seri Perdana, di sini hari ini.

Orang ramai berbaris sejak pukul 8 pagi untuk menghadiri majlis itu, yang bermula pada 10.30 pagi dan berakhir 4.30 petang.

Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, yang masing-masing berpakaian baju Melayu oren-merah dan baju kurung moden, menyambut dan bersalam mesra dengan para pengunjung ke majlis itu.

Terdahulu, Najib menyuarakan kegembiraan beliau mengenai sambutan orang ramai terhadap majlis rumah terbuka iu dan berkata kehadiran beribu-ribu tetamu daripada pelbagai kaum, membantu memupuk perpaduan dan keharmonian nasional.

Pada kira-kira 1 tengah hari, Najib menyertai beribu-ribu umat Islam menunaikan solat Jumaat di Masjid Putra Perdana.

Dua jam kemudian, beliau dan isteri, serta beberapa menteri Kabinet, memotong kek Aidilfitri seberat 100kg pada majlis rumah terbuka itu.

Pada majlis memotong kek, Najib menghiburkan hadirin dengan menyanyikan sebuah lagu Raya.

Para tetamu terpegun dan memberi tepukan bergemuruh terhadap perdana menteri yang menyanyikan lagu itu bersama beberapa menteri Kabinet dan selebriti.

Walaupun kelihatan letih setelah sepanjang hari melayan tetamu, perdana menteri tetap meluangkan masa beramah mesra dengan para hadirin.

Cuaca panas tidak menghalang tetamu, termasuk pelancong asing, berpusu-pusu menghadiri majlis itu.

Mereka dihidangkan dengan pelbagai makanan istimewa tempatan seperti sate, soto ayam, ketupat dan rendang. Kira-kira 70,000 bungkusan cenderamata Aidilfitri juga dihadiahkan kepada hadirin sebagai buah tangan. – BERNAMA

Tags: Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Pertahankan Kabinet Baru

30/08/2021
0

BETUL! Rakyat, hasil dan pencapaian perlu diutamakan. Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini. Seolah-olah kebanyakan...

Kerajaan Lama Berundur, Bursa Terus Elok

30/08/2021
0

BURSA Malaysia telah mencatat prestasi antara terbaik dalam dunia sejak kerajaan lama undur diri pada 16 Ogos lalu.Indeks bursa telah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd