• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Maut, 2 Parah Dalam Kemalangan Di Gelang Patah

oleh Ahmad Albab
25/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHARU – Dua lelaki maut manakala dua lagi cedera parah dalam kemalangan membabitkan tiga buah motosikal dirempuh sebuah kereta di Km18, Jalan Johor Baharu-Gelang Patah, Nusajaya dekat sini, lewat petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.15 petang itu, dua mangsa yang maut ialah penunggang motosikal Lim Wee Kiat, 25, dan Gabriel Andrew Bateman, 54.

Timbalan Ketua Polis Daerah Nusajaya, DSP Ismail Dollah berkata dua yang cedera parah ialah pemandu kereta dan seorang lagi penunggang motosikal, yang identiti mereka belum dikenal pasti.

“Ketika kejadian, ketiga-tiga penunggang motosikal berkenaan dalam perjalanan menghala ke Gelang Patah dari Skudai, manakala kereta itu dari arah bertentangan.

“Apabila tiba di tempat kejadian, kereta tersebut dilaporkan hilang kawalan lalu terbabas dan merempuh ketiga-tiga motosikal tersebut,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Ismail berkata akibat rempuhan, dua penunggang motosikal itu mati di tempat kejadian manakala dua yang cedera parah dihantar ke Hospital Sultanah Aminah.

Siasatan awal polis mendapati kawasan kejadian adalah jalan lurus dan licin selepas hujan lebat, katanya. – BERNAMA

 

Tags: kemalangan maut
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Tragedi Simpang Renggam Bukan Isu Kaum – Harith Iskander

Tragedi Simpang Renggam Bukan Isu Kaum – Harith Iskander

03/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Pelawak dan pengacara terkenal, Harith Iskander menggesa masyarakat supaya tidak mempolitikkan tragedi kemalangan maut di Simpang Renggam...

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd