• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Beranak Ditahan Bersama Mercun Bernilai RM6,000 Di Marang

oleh Ahmad Albab
14/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MARANG – Dua beranak yang aktif dalam penjualan dan pengedaran mercun ditahan bersama pelbagai mercun dan bunga api yang bernilai kira-kira RM6,000 dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Desa Darul Iman 2, di sini Sabtu lepas.

Pemangku Ketua Polis Daerah Marang, DSP Mohd Adli Mat Daud berkata dalam serbuan kira-kira pukul 12.30 tengah hari itu, pihaknya telah memberkas kedua-dua suspek lelaki yang berusia 55 dan 20 tahun menerusi hasil maklumat orang awam.

“Ketika serbuan, kedua-dua bapa dan anak ini berada di rumah dan hasil pemeriksaan rumah milik pesara itu, kita menemui pelbagai bungkusan plastik yang mengandungi pelbagai mercun disorokkan dalam stor rumah tersebut.

Kita percaya kesemua mercun dan bunga api itu dibawa masuk dari negara jiran untuk diedar dan dijual dalam daerah ini. Rampasan ini adalah yang pertama dibuat polis Marang pada tahun ini,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Marang di sini hari ini.

Menurut Mohd Adli, suspek yang berusia 55 tahun itu berasal dari Sungai Kerak, di sini pernah ditahan atas kesalahan yang sama pada tahun lepas.

“Ini merupakan kesalahan kedua si bapa yang terlibat dengan kegiatan penjualan dan pengedaran mercun secara runcit di daerah ini, manakala anaknya yang bekerja sebagai tukang gunting dipercayai baru berjinak-jinak dalam perniagaan tersebut,” katanya.

Justeru katanya polis akan sentiasa melakukan pemantauan terhadap penjualan mercun termasuk di pasar malam atau bazar Ramadan bagi mengelakkan kejadian letupan berdarah tidak diingini berlaku.

Katanya, polis tidak akan berkompromi dalam isu bahan letupan berkenaan dan akan menahan mana-mana individu terlibat.

Beliau turut minta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kegiatan penjualan mercun agar tampil menyalurkan maklumat di balai berhampiran.

Kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Letupan 1957 dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum tujuh tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=vJup6stul80

Tags: mercunpolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

05/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KLANG – Suasana di Balai Polis Meru bertukar kecoh apabila sekumpulan lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk bertindak menyerbu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd