Tuesday, April 30, 2024

Creating liberating content

Tauke Jamu Dedah Suami...

MUNGKIN tak ramai yang mengenali nama Hanni Borhan, namun wanita itu merupakan salah...

Bahrain Mula Laksana GST...

JIKA Malaysia jadi bahan ketawa komuniti bisnes antarabangsa kerana 'patah balik' laksana Cukai...

The Edge: Jumaat Ini...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini menetapkan Jumaat ini untuk membuat keputusan...

Video: Pemandu Inspira Undur,...

SEORANG wanita menempuh detik mencemaskan apabila kenderaan di hadapannya secara tiba-tiba mengundur dan...

JASA Bantu Kerajaan Perjelas Tohmahan Di Media Sosial – KP JASA

KUANTAN – Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) akan terus memain peranan untuk membantu kerajaan menjelaskan tentang isu-isu yang sering diputarbelitkan dalam media sosial, kata Ketua Pengarah JASA Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi.

Beliau berkata langkah itu bagi memastikan rakyat mendapat maklumat yang benar dan tepat sekaligus mengelakkan kekeliruan terutama dalam situasi kerajaan berdepan dengan pelbagai tohmahan pada masa kini.

“Walaupun kerajaan ditohmah tetapi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tetap mampu memimpin negara untuk menjadi negara maju menjelang 2020.

“Apabila semakan menaik Fitch Ratings ke atas unjuran Malaysia daripada negatif kepada stabil, ia jelas sekali telah menjawab tohmahan yang dilemparkan oleh sesetengah pihak yang mendakwa keadaan ekonomi Malaysia berada dalam keadaan gawat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyampaian sumbangan kepada anak-anak yatim dari sekitar daerah Kuantan di sini hari ini.


Katanya JASA akan terus memain peranan untuk membantu menjawab segala tohmahan itu bagi membolehkan kerajaan meneruskan agenda untuk membela rakyat.

Mohd Puad berkata kerajaan Barisan Nasional di bawah pimpinan Najib sentiasa memberi perhatian terhadap kepentingan rakyat dan untuk membela dan membantu mereka.

“Kerajaan bukan sahaja bantu dari segi wang ringgit menerusi BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia), tetapi juga menyediakan kemudahan kredit yang disalurkan melalui agensi seperti Tekun (Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga) bagi membolehkan rakyat meningkatkan taraf ekonomi mereka dengan berniaga,” katanya. – BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori