• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Woodball Sesuai Untuk Pupuk Perpaduan – Raja Muda Perlis

oleh Ahmad Albab
03/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah permainan woodball yang ringan dan santai sesuai dijadikan sebagai acara sukan untuk memupuk semangat perpaduan dalam kalangan rakyat.

Sehubungan itu baginda menyarankan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Perlis memulakan langkah awal dengan menjadikan sukan tersebut sebagai anak angkat mereka.

“Saya yakin sukan woodball yang mudah dimainkan akan dapat meningkatkan integrasi sosial di kalangan rakyat,” titah Tuanku Syed Faizuddin pada majlis penyampaian hadiah ‘The Unity Woodball Tournament’ di Gelanggang Woodball MPK, Dataran Datuk Sheikh Ahmad di sini hari ini.

Pertandingan itu dianjurkan bersama JPNIN Perlis, Majlis Perbandaran Kangar (MPK) dan Persatuan Woodball Perlis (PWPs) sempena sambutan keputeraan ke-72 Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.

Berangkat sama Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Menurut Syed Faizuddin, asas permainan woodball juga sangat mudah dan sesuai dimainkan oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengira usia dan latar belakang termasuk sebagai acara riadah seisi keluarga.

“Selain itu permainan woodbal tidak membebankan dari segi fizikal, tenaga, kos dan keperluan lapangan woodball yang luas kerana ia boleh dimainkan di kawasan lapang seperti taman rekreasi,” titah baginda.

Seramai 50 peserta mengambil bahagian dalam pertandingan itu termasuk anggota Rejimen 4 Ranjer Diraja, Kem Mata Air dan pelajar antarabangsa Universiti Malaysia Perlis (UniMAP). – BERNAMA

 

Tags: Raja Muda Perlis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Raja Muda Perlis Alu-Alukan Kerjasama FGV – MAIPS

Raja Muda Perlis Alu-Alukan Kerjasama FGV – MAIPS

02/07/2022
0

KUALA LUMPUR : Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menitahkan bahawa kerjasama Felda Global Ventures (FGV) bersama Majlis...

Saling Ingat Mengingati Kesan Buruk Dadah

13/11/2018
0

KUALA PERLIS – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah supaya rakyat saling memberi peringatan di antara satu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd