• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UMK Bantu Jana Pertumbuhan Ekonomi Kelantan – Mustapa

oleh Ahmad Albab
21/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BACHOK – Peruntukan berjumlah RM350 juta untuk Universiti Malaysia Kelantan (UMK) di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK10) dan RMK11 menjadi pemangkin kepada pembangunan negeri ini.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata tiga jajahan iaitu Bachok, Kota Baharu dan Jeli yang masing-masing menempatkan kampus universiti itu akan turut membangun berikutan pertambahan pelajar dan kakitangan.

“Ia memberi impak besar terhadap perkembangan ekonomi kepada penduduk setempat seperti menyediakan ruang perniagaan dan pekerjaan,” katanya kepada pemberita selepas berucap pada majlis Iftar Ramadan UMK di sini, malam tadi.

Turut hadir Pengerusi Lembaga Pengarah UMK, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman dan Naib Canselor UMK Datuk Prof Dr Mortaza Mohamed.

Sempena majlis berkenaan seramai 100 anak yatim dari beberapa sekolah di sekitarnya Bachok menerima sumbangan wang tunai RM5,000.

UMK kini mempunyai 1,500 pelajar.

Sementara itu, Hamad Kama Piah ketika berucap pada majlis berkenaan berkata, peruntukan itu sudah pasti memberi impak besar bukan sahaja berfokus kepada mahasiswa bahkan kepada komuniti setempat.

Beliau berkata pada tahun ini, pembinaan beberapa projek telah bermula di Kampus Bachok seperti bangunan pusat pengajian bahasa dan pembangunan insaniah, bangunan pusat mahasiswa, pusat Islam dan masjid.

“Projek lain ialah bangunan canselor, perpustakaan utama, kompleks akademik dan dewan utama serta kompleks sukan yang dijangka siap pada 2016 dan 2017,” katanya.

Pada majlis itu Bank Islam Malaysia Berhad dan Lembaga Amanah Kolej Islam Malaysia masing-masing turut menyumbang wang zakat RM40,000 dan RM30,000 kepada pelajar UMK sempena Ramadan dan Aidilfitri. – BERNAMA

 

Tags: Mustapa MohamedUMK
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Pastikan Rakyat Tak Terbeban Harga Minyak Naik

05/10/2021
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan sentiasa mengkaji dan mengambil tindakan sewajarnya bagi mengurangkan beban rakyat susulan trend peningkatan semula harga minyak...

Peruntukan RM400 Bilion, 14 Tindakan Inovatif Dalam RMKe-12

28/09/2021
0

KUALA LUMPUR: Peruntukan perbelanjaan pembangunan sebanyak RM400 bilion, empat pemangkin dasar dan beberapa tindakan inovatif yang berani, Rancangan Malaysia Ke-12...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd