Saturday, July 27, 2024

Creating liberating content

Hans Rebah Di Padang...

SEMALAM kita gempar dengan berita Datuk Jalaluddin Hassan dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur...

Bekas Juruterbang: Pelan Pemulihan...

MESKIPUN ramai mempertikaikan cadangan Khazanah Nasional Berhad untuk mengurangkan sejumlah 6,000 orang kakitangan...

Menjelang PRN, BN Terengganu...

KUALA NERUS : Barisan Nasional (BN) negeri akan melancarkan Gelombang Biru 2.0 sebagai...

6 Individu Cemerlang Terima...

KUALA LUMPUR - Ketua Sekretariat Sidang Kemuncak Kemanusian Dunia, Tan Sri Dr Jemilah...

Turun Naik Ringgit Masih Terkawal – Wahid

KUALA LUMPUR – Keadaan ringgit yang turun naik ketika ini masih terkawal dan kesannya ke atas syarikat adalah minimum, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar.

“Struktur ekonomi kita terus kukuh berikutan lebihan dalam akaun dan perdagangan kita, di samping rizab kita yang cukup.

“Ia masih lebihan yang agak besar dan kita menjangka, walaupun harga minyak yang rendah, akaun semasa akan kekal dalam lebihan tahun ini,” katanya kepada pemberita selepas sesi soal jawab #TanyaGomen, di mana beliau dijemput untuk bercakap mengenai kesan Pelan Malaysia Ke-11.

Majlis itu dianjurkan Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU). Abdul Wahid berkata, syarikat Malaysia kini mempunyai penggearan yang kurang berbanding keadaan pada 1990-an dan liabiliti mereka sekarang kebanyakannya didominasi dalam ringgit.

“Mereka yang mempunyai pinjaman mata wang asing selalunya mempunyai aset mata wang asing juga, oleh itu mereka mampu memadankan aset dolar AS mereka dengan liabiliti dolar AS,” katanya.

Sebelum itu beliau berkata, ekonomi global sangat mencabar dan keadaan itu di luar kawalan kerajaan.


“Bagaimanapun, adalah amat penting agar asas ekonomi negara diperkukuh,” katanya.

Abdul Wahid berkata, satu daripada langkah yang diambil kerajaan berkaitan hal ini ialah memperluas struktur ekonomi dengan mengurangkan pergantungan kepada perladangan, komoditi serta sektor minyak dan gas.

“Ketiga-tiga sektor menyumbang 18 peratus kepada pendapatan kita dan kita merancang mengurangkannya lagi kepada 15 peratus menjelang 2020. “Ketika ini sektor perkhidmatan adalah penyumbang terbesar, menjana kira-kira 53 peratus kepada negara dan pengeluaran 24 peratus,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori