• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tinggal Kenangan.. Sejarah Tertubuhnya Pakatan Rakyat

oleh Ahmad Albab
18/06/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPERTI Barisan Nasional (BN) yang menjadi bumbung perpaduan kepada beberapa parti antaranya UMNO, MIC, MCA, Gerakan, SUPP dan UPKO, penubuhan Pakatan Rakyat (PR) pada 1 April 2008 cuba menurut jejak sama.

Menghimpunkan tiga parti pembangkang iaitu Democratic Action Party (DAP), Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Islam Se-Malaysia (PAS), ia bermula setelah usai Pilihan Raya Umum ke-12 pada 2008.

Sebelum wujudnya Pakatan Rakyat, ketiga-tiga parti itu bernaung di bawah Barisan Alternatif (BA), namun BA hanya mampu bertahan selama sembilan tahun sebelum DAP bertindak ‘angkat kaki’ pada 21 September 2001.

Mungkin tak ramai yang tahu, Pakatan Rakyat hanyalah bersandarkan pada nama dan kerjasama atas tujuan untuk menakluk Putrajaya, namun ia tidak pernah didaftarkan di Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) seperti BN.

Pada tanggal 20 April 2010, Parti Nasional Sarawak (SNAP) menyertai PR setelah dibuang dari BN, namun 6 Mei 2011, parti tersebut bertindak keluar dari pakatan tersebut.

Screen-Shot-2013-04-10-at-12.22.23-PM

Pada Pilihan Raya Umum 2008, gabungan tersebut mendapat mandat untuk memerintah di lima negeri di semenanjung Malaysia iaitu, Kedah, Pulau Pinang Perak, Selangor dan Kelantan.

Namun, pada Februari 2009, tiga ADUN Pakatan Perak bertindak keluar parti dan menjadi ADUN bebas, lantas menyaksikan BN mengambil alih tampuk kekuasaan di sana.

Menginjak ke Pilihan Raya 2013, PR berjaya meraih 89 kerusi di Parlimen, meningkat tujuh kerusi berbanding PRU terdahulu.

Walaupun menguasai majoriti 2/3 kerusi di Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan, namun PR kehilangan satu negeri iaitu Kedah apabila BN berjaya merampasnya kembali.

Is-stubborn-DAP-making-a-scapegoat_1024x576

Pisang berbuah dua kali! Ketika bersama dalam Barisan Alternatif (BA) sebelum ini, DAP dan PAS dilihat tidak sebulu apatah lagi dengan matlamat PAS untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam.

Ketegangan demi ketegangan akhirnya menyebabkan DAP mengambil keputusan untuk keluar dari BA.

Nah! Apabila mereka sekali lagi bersatu dalam Pakatan Rakyat, ramai yang membuat telahan bahawa kerjasama yang ingin dicapai hanyalah bersifat sementara.

Akhirnya… Pakatan Rakyat Diisytihar Menemui Noktah

Memang mulut masin! Nampaknya apa yang diujarkan banyak pihak menjadi kenyataaan apabila PR yang ditubuhkan pada 2008, hanya bertahan 7 tahun sahaja.

PR hilang dua permata penting... Pemergian Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ke rahmatullah dan penangkapan Datuk Seri Anwar Ibrahim menyebabkan PR hilang arah
PR hilang dua permata penting… Pemergian Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ke rahmatullah dan penangkapan Datuk Seri Anwar Ibrahim menyebabkan PR hilang arah

Sekali lagi, punca kegagalannya adalah dari DAP dan PAS yang tidak dapat mencapai kata sepakat.

Hasrat mereka untuk menakluk Putrajaya bersama, nampaknya sekali lagi hanya tinggal angan-angan yang mungkin tidak akan berlaku sampai bila-bila…

– MYNEWSHUB.CC

Oleh: IZZAT MOHD ANUAR

Ulama PAS Mahu Ajar DAP Guna Siku & Mulut

Tags: BNDAPpakatan rakyatPASPKRUMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen PAS Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari berpandangan cadangan memotong elaun petrol Ahli Parlimen tidak memberikan...

Penurunan Had BUDI95 Sementara, Langkah Awal Lindungi Rakyat –  Adam Adli

Penurunan Had BUDI95 Sementara, Langkah Awal Lindungi Rakyat – Adam Adli

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Keputusan kerajaan menurunkan had penggunaan BUDI95 daripada 300 liter kepada 200 liter disifatkan sebagai langkah sementara yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd